KITAduduk


Friday, December 24

Dia Jid | 26 tahun

seperti biasa, bangun pagi dan ke pejabat. 8.30. Punch card.

Dia terus diam dimeja. personalitinya semalam bersama2 teman terus dituka. mood kerja mungkin. orang keliling tidak mengenali siapa dia sebenarnya. Sombong? ego?. Dia terima diam2.

Tak kenal memang tak cinta. Yang penting ada yang kenal siapa dia. staff2 yang kuat bergosip sana sini, ampu mengampu buat dia rasa loya mahu bermesra alam.

Plastik.Hipokrit.

Hari ini meraikan kenaikan pangkat Raffy. Dia hanya perhati dari cermin bilik. Kadang tersenyum dengan gelagat gadis2 yang teruja. ah, macam mereka yang rasa naik gaji. Dia teruskan sisa kerja walau jam hampir 12 tengahhari. waktu rehat hari jumaat.

Memang dia tak akan keluar makan bersama staff2 lain. Lagi selesa berteman surat khabar dan telinga yang dicucuk lagu2 dari iphone.

Bukan juga mahu tunjuk lagak makan di starbucks, cuma nak dapatkan wireless internet. muat turun lagu2, blogging, update fb fanclub (oh, bohong yang ini). mereka tak paham yang itu. dia perlukan ruang sendiri.

12 jam bertentang mata dengan manusia yang sama muak juga. mungkin kalau dia yang menulis cerita ini, semahunya dia mahu fahamkan mereka. tapi dia penrdiam dikeadaan sekarang.

Dia terus begitu. tapi yang sebenarnya disebalik semua ini,  dia pemalu, dan segan mahu memulakan. seronok juga lihat mereka ketawa suka, tapi itulah.. Dia hidup dalam hidupnya sahaja.

Dia Jid. Sedang bingung memilih menu tengah hari.

via mobile

2 comments:

jiwa kamu nak tambah apa? silalah