KITAduduk


Wednesday, December 8

bukan cerita bengang akim

ahh... baru lega lepas kena 2-3 bijik painkiller. masaalah   datang bila aku bengang dekat seseorang yang aku tak kenal siapa yang datang menghuru harakan hari indah. nak makan jap. nantilah aku sambung taip. boleh pulak kan. ikut akulah blog aku.

9.30pm
o.k bersambung. oleh kerana aku ni invisible. atau kata mak aku  ni hantu, maka banyak lah surat2 layang yang aku dapat dari persatuan2 hantu semalaysia. aku dah agak bila aku tonjol sedikit diri di mana2  laman sesawang, sebagai Hantu yakni tak berupa pasti akan  diterjah.

aku dah biasa soal terjah2 ni. tapi persoalnya sekarang nak ajukan soalan sila lah berasas. kau ajukan soalan ke aku, tapi mengenai orang lain. aku memang tak ada jawapan. dan kau kata aku terlalu berahsia dan hipokrit. hah???

persoalan.
 kau siapa yang nak tahu soal peribadi aku mahupun orang lain?

aku rasa kau ni dah tersilap orang. aku bukan artis yang kau nak korek2 pasal hidup aku. aku memang suka berkongsi soal2 hidup aku.TAPI  itu hanya di sini. apa yang aku mahu kongsi hanya apa yang kau nampak . jangan minta lebih2.

bila aku cakap elok2 kau bakar line aku dengan ayat cengkaman maut. konon aku itu ini. haiii... kau ni banyak sangat study pasal aku. terharu sekejab.dan kau cakap esok sambung lagi. maknanya kau belum puas dengan jawapan2 aku. aku takde hal der.

dan hari ni  juga aku dapat sms yang tak masok akal. mahu gelak terbahak2 pun ada. mahu dimarahkan pun ada. kejab lagi lah sambung. cerita peberet aku dah start. sabar je la dengan entri kali ni ye.

11.00pm
o.k ni yang terakhir, lepasni terus habis entri ni.aku pun dah mamai efek painkiller. o.k pasal sms tadi.
aku malu la kalau si penghantarnya yang berkaki bertangan. bagi aku duit tak datang bergolek. janganlah sampai guna cara buruk nak cepat senang. itu aku pantang.

 kalau mintak elok2, aku boleh pertimbangkan, tapi kalau dah nak mengaku jadi ayah aku , ape kes der. orang tua aku dah lama bersemadi. beragak la jugak nak nipu, aku ckp baik2,  kau buat  sikap angkuh kau. dan lemahnye aku ni bukan boleh nak sabar lama2, dan tadi aku rasa kau dah dapat apa yg kau patut dapat.

dah. ini saja nak kongsi. yang lain2 aku simpan dalam hati. terlalu sukar untuk dilisankan.



P/s: memang sukar nak menilai hati manusia. kau rasa macam mana?

5 comments:

  1. manusia. rambut sama hitam. darah sama merah. tp hati lain2. mmg susah nk menilai.

    ReplyDelete
  2. jangan menilai hati manusia.
    berubah-ubah. nanti bawak padah.

    ReplyDelete
  3. kalo manusia masih ada hati dan perahsaan, kalo tak?

    ReplyDelete
  4. misshazalisme: kalau tak, tak yah layan. buang masa

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah