KITAduduk


Wednesday, December 29

aku yang aku cari

lima minit saja boleh bikin orang sayang. lima minit juga orang boleh melupakan. yang tetap hanya masa. Akan lansung berjalan, yang statik kenangan.


Dalam pergerakkan masa kadang kita terpaksa berhadap dengan pilihan. untuk menggenggam atau terus melepaskan. untuk terus bersama masa dan keadaan atau langkah bersama harapan depan.


Tawaran datang depan mata terkadang buat diri goyang juga. ya atau tak, yang pasti aku lihat sekeliling.  melihat mereka dah  stabil dengan kehidupan masing2, mungkin penyelesaiannya, aku harus melangkah kebelakang. aku tak mungkin  sehebat awan nano untuk melindung yang kasih. Jadi mungkin sekarang dah tiba masa untuk fikir pasal diri aku.


2011 penentu segala. mungkin kerjaya baru buat aku.Menjadi seseorang akan  dipandang, ingin juga tahu apa rasa jadi bahan perhatian. apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian.


Ini bukan balasan dendam dengan kehidupan. Disini aku sembunyi di sebalik sempadan maya. pernah meletak diri di diri lain. bukan diriku.jiwa aku biasa seperti manusia biasa. walau hakikat aku dihantukan bayang2. aku juga punya hati, aku juga punya perasaan sama seperti manusia, sama seperti kamu.


Untuk penutup tahun, aku harap halal semua. jumpa lagi tahun depan. Semoga aku jumpa aku yang aku cari.


kalau diberi peluang mengarah filem, aku mau pilih skrip judul Time. dengan tagline "cepat atau lambat, 5 minit boleh mengubah hidup seseorang". kalaulah wujud skrip ni. 

6 comments:

  1. tak akan lupa. kalau mahu, silalah

    ReplyDelete
  2. aku: btl kata awak, carilah jodoh. kalau dicari cinta,ia mudah hilang. seronok kenal awak sepanjang tahun ni. selamat mulakan tahun baru

    ReplyDelete
  3. semoga kau jumpa kau yang kau cari.

    ;)

    ReplyDelete
  4. saya ingatkan saya memang tak tahu jodoh saya siapa. too bad, saya tak kenal cinta saya juga.
    moga awak jadi apa dan siapa yang awak mahu.
    saya sentiasa kirim doa.

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah