KITAduduk


Tuesday, December 28

AWAN NANO



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu


Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu



Kasihnya Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenar dan pelindung dirimu sayang, walaupun tak akan tercapai jejarimu.

3 comments:

  1. selalu baca yang ini
    http://jiwa2kita.blogspot.com/2010/11/nak-sayang-orang-tapi-tak-pandai.html#comments

    waktu itu, betapa awak memahami.

    ReplyDelete
  2. kawan : :)

    aku: saya dah kalah dengan cinta saya. kalaulah cinta saya juga belajar untuk memahami...

    ReplyDelete
  3. mungkin awak hukum dia yang sedang dalam learning process. awak tahu dia takkan dapat apa yang dia nak. kerana itu awak hukum dia begitu. masa yang sama, awak hukum diri sendiri juga.

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah