KITAduduk


Tuesday, November 30

aku kaya pada jiwa "murder by family'

Satu hari tadi  aku cuba menghabiskan  bacaan "murder by family' pemberian seseorang. walaupun mulanya aku rasa ini satu pemberian memerli aku, yang pasti kau memang kaki perli. tapi bila hampir separuh pembacaan aku mula sedar apa yang ingin disampaikan...terima kasih..  ini aku cuba kongsikan sikit apa yang aku dapat..

Sesi kaunseling  Kamal dan Dr steve
Kamal : kesal hanyalah satu perkataan. ia amat jauh dengan apa yang saya rasa. saya tak akan buat apa2 untuk mengubahnya.saya tak boleh mengubahnya.

Dr steve : kenapa kami harus percaya apa yang awak kata?begitu banyak daripada kehidupan awak adalah pembohongan.

Kamal : ia adalah keputusan yang awak harus buat.saya hanya boleh beritahu awak apa yang saya rasakan dan seperti semua orang awak boleh pilih untuk percaya atau tidak.

Dr Steve : adalah awak terkejut apabila adik awak memaafkan awak?


Kamal : ya. saya tak maksudkan saya tak fikir dia mampu buat begitu tapi apabila seseorang buat sesuatu sehebat itu... ya, ia selalunya agak mengejutkan

Dr Steve : awak rasa awak patut dapat kemaafan itu?

*kamal diam

Kamal : ia amat mudah untuk saya memaafkan orang lain. tapi amat sukar untuk saya memaafkan diri saya sendiri.

Dr Steve : awak tahu apa kata-kata terakhir awak nanti?


*kamal memejam mata dan buka perlahan2


Kamal : saya tahu ada beberapa perkara yang saya akan cakap dengan  keluarga saya semasa lawatan terakhir kami.tapi saya tak mahu ada sesiapa pada hari akhir saya hari penghukuman. ia sesuatu yang ngeri yang terpaksa dilihat dan saya... saya tak mahu mereka menaggungnya seumur hidup mereka.


Di sudut lain, perbualan antara Drsteve, Drmikail dan kamalia
Dr mikail : awak mahu berada disana? 

kamalia   : sudah tentu. saya akan berada disana.

Dr mikail : kamalia, awak mungkin menyatakan kata2 terakhir bukan? dan Dr steve, 
awak mempercayainya? 

Dr Steve  : ia soalan yang sukar. maksud saya kamal ...

Dr mikail : dia kata "ia amat mudah untuk saya memaafkan orang lain. tapi amat sukar untuk saya memaafkan diri saya sendiri."  tapi dia tidak memaafkan ibunya sendiri kerana melahirkannya ke dunia ini. dia tidak memaafkan adiknya yang menyanyai dan memujanya. jadi, apa yang dia cakapkan, mudah untuk saya memaafkan orang lain?

Dr Steve : itu soalan sukar untuk saya jawab sebab dia amat menyakinkan dan kelihatan amat menyesal dalam temu bual pada tempoh hari. tapi saya secara ikhlasnya terpaksa mengawasi diri.  saya tak tahu jika terdapat seseorang yang dapat benar2 mengenali siapa kamal. adakah dia menyesal? dia kelihatan begitu, tetapi sama ada benar atau tidak, hanya dia yang tahu. 



Skype antara Dr steve dan Dr Julia.
Dr steve : apakah definasi awak untuk sosiopat?


Dr julia : seorang sosiopat adalah seorang yang tidak mempunyai hati nurani. ia keadaan yang dingin dimana seseorang itu tidak ditahan oleh perasaan sayang,simpati, malu, takut,rasa bersalah yang kebanyakkan kita terkekang oleh nya. apabila kita tidak mempunyai hati nurani satu2nya yang menghalang kita ialah tidak tertangkap. kita seperti hanya mencari kita mencari keseronokkan dan cara untuk terasa hidup sebab kita tak memiliki hubungan kasih sayang ini. jika kita memasukkan narsissisme yang mana di definasikan sebagai ketidakupayaan menyayangi atau menerima kasih sayang itu adalah hubungan yang amat bahaya. bagi saya ia bukan salah siapa2,kita tidak dilahirkan begitu. kita membesar menjadi begitu.

saya rasa apa yang berlaku kepada kamal  ialah dia tidak menerima kasih sayang yang diberikan kepadanya dalam cara yang membina hati nurani dan membina keperluan dalaman yang dia perlukan untuk membimbing dan memberinya ketabahan. sebaliknya dia berasa kosong dan beransur2 marah dan mencari drama hebat yang boleh membuatnya terasa hidup dan ia sampai kepada sebahagian tragik yang dasyat ini


Dr steve : awak menulis buku "Dare to forgive" dan seperti saya kata tadi kamalia berada di hospital dan buat keputusan dia akan memaafkan walaupun dia  tak tahu siapa pembunuh emaknya dan jelas dia sangka pembunuh itu adalah orang lain dan bukan ahli keluarganya sendiri. adakah kita perlu menjadi orang yang istimewa atau mempunyai keyakinan yang istimewa untuk memiliki kemaafan seperti itu?

Dr julia: ya, kita mesti ada keyakinan bahawa ada kebaikan yang kita inginkan kerana pada dasarnya kita mesti menjangkaui perasaan primatif yang penuh kekusutan itu. apabila perkara dasyat seperti ini berlaku, perasaan semula jadi kita adalah membalas dendam dan marah. dan kita mahu menyerangnya dan membalasnya. kita mesti ada kepecayaan yang kuat dan berkata " tidak, saya tak akan buat begitu...saya tidak mahu penderitaan saya berubah menjadi lebih meenderita" 

dan hari esok kita percaya kita boleh wujudkan dunia yang lebih baik. jadi, ya. kita mesti memilikinya. kemaafan juga adalah hadiah kepada diri kita. ia sesuatu yang bagus untuk Kamal dan Kamalia. 

Dr Steve : kemaafan bukanlah sesuatu yang kita buat sebab kita membiarkan orang itu, apa yang seseorang itu telah lakukan atau melupakannya. ia juga tak bermakna melepaskan seseorang itu dari tanggungjawab tapi sekadar untuk melepaskan kebencian itu. itu yang kita maksudkan apabila kita kata memaafkan.

Dr julia :ya, ia bukanlah bermakna kita membiarkan apa yang berlaku, kita tak mengatakan buat lagi.kita mengatakan "saya tidak mahu hidup dengan racun keberangandan rasa geram yang kronik ini.kita mesti boleh berasa marah. berasa marah adalah seperti bersin, ia melegakan system 

Dr Steve : itu yang saya tanyakan pada kamalia, adakah awak merasa marah? dia katakan ya, saya marah kerana dia telah merampas kebahagian saya. 


***

kita harus membuat pilihan sama ada kita akan memaafkan atau tidak. bagi aku, sebagai  manusia yang ada kepercayaan, tuhan menyeru kita supaya memaafkan,walaupun aku rasa itu perkara sukar, tapi aku percaya dengan bantuan dariNya, kita boleh lakukan. dan kita mesti cuba walaupun tahu ia sangat sukar.dan kita juga mesti memaafkan untuk sembuh meneruskan hidup.dan aku  mahu hidup aku  bermula semula. tak kau rasa yang sama?


kalau kita tidak memafkan org...kita membawa racun itu bersama kita. sebab kesan tidak memaafkan adalah pada orang yang memendamnya. itulah sebabnya kita harus melupakan supaya  kita boleh  mambebaskan diri kita. seringkali apabila kita seorang sosiopat, kita perlu membawanya lebih jauh lagi supaya dapat merasa sesuatu. kerana ia amat menakutkan bila kita tidak mempunyai hati nurani apa bila kita tiada sekatan. kita hanya mahu lebih banyak sensasi. dan bagi aku apa yang kamalia lakukan itu amat mengagumkan. dia terus menyayangi abangnya dan ia hadiah yang dia beri pada dirinya yang  dia akan bersama abangnya sehingga akhir kematian abangnya.ia memerlukan kekuatan dan keyakinan di pihaknya. 



Dan bagi aku Kamal pula terlalu memikirkan tentang apa yang bakal berlaku, jika ia benar2 berlaku dan akhibatnya. dan apa yang dia katakan pada muka surat 136 amat tepat :

" saya contoh tak baik refleksi yang di tinggalkan riak yang seorang manusia seharusnya jadi" 

 dia cuba menjadi manusia. dia cuba merasai.dia cuba jadi seorang insan. 

" saya mencuba. saya memiliki semua sifat luaran seorang manusia tapi disebaliknya, saya tak boleh mengenalpasti apa-apa"  

dan sebenarnya hilang haluan, dia tak tahu siapa diri dia , dia tak ada perasaan yang sebenar atau belas kasihan untuk dia dan org lain. jadi itulah yang dia dapat. itulah seorang sosiopat.


Dan aku bersetuju dgn apa yang Kamalia dapat lakukan dan salah satu sebab kenapa aku berminat berkongsi cerita ini untuk setiap yang membaca ini supaya menyelami hidup kau dan bertanya siapa yang akau perlu maafkan? beban apa yang kau pikul? toksin atau racun apakah yang kau sering beri kepada diri kau kerana  kau  tidak memaafkan. dan cuba lihat bagaimana kamalia memaafkan kamal yang telah membunuh kedua ibubapanya dan kita dapat lihat bahawa kemaafan itu tidak mustahil.


Apa yang indahnya jika kita buat pilihan untuk memaafkan,perubahan akan berlaku pada diri kita dan ketika itulah kita benar2 boleh mula rasa sembuh. dan ia  boleh membantu kau mengatasi kesedihan. kesedihan memamg sesuatu yang sukar tapi janga sia-siakan semua kesedihan itu dengan berakhir sebaliknya setelah melalui kesedihan itu dengan jiwa yang penuh dendam aku ingin melalui masa yang sukar itu dan ketauhilah masih ada kehidupan diluar sana, dan  kau  tak teruja ke untuk melihat? jadi maafkanlah... mulakan hidup yang baru dengan tenang..

harga sebuah kemaafan tak kan ada nilai paling tinggi yang kau boleh dipajak gadaikan..biar poket sengkek tapi kaya pada jiwa.. -perempuan itu-


P/s: kali ni aku tak boleh bendung patah ayat dalam perenggan.. dan mungkin akan buat kau skip sana sini..
P/s/: ini entry kesinambungan blog  Lu.... pi/ perempuan itu/ airina/ nur.. dah terbalas kan..  1-1 o.k!


Sunday, November 28

Bertemu jodoh

pertemuan petang semalam sungguh tragik.rindu rasanya bila diingatkan balik. cara sentuhan awak, dan ciuman awak.. sungguh sayang.. rasa nak lagi.

awak ingat tak tempat dating kita ni...? 


takkanlah dah lupa, baru semalam.. romentik betulkan kita dating tepi jalan...



selalu pasangan lain bercumbu, bersentuh dalam One Utama tu, tapi cool juga kan buat depan2 orang di tepi jalan raya, ambik feel video kekasih dan klcc lah...*dia pilih klcc doh.. aku x penting..



awak ingat tak kereta kuning ni datang meriahkan keadaan?sukanya saya...



tak ingat lagi??huh nyampah la... 



sampai nak magrib kita bercumbuan.. ingat tak awak??



yang ni kalau kau buat2 lupa gak... mmg kau nak kena lah. ingat tak??!!! ciuman sayang kau pun masih terlekat lagi.! INGAT TAK???


Dengan keadaan marah, wnr 46** menampar wtx 2232 sekuat hati sampai mati.



P/s: Terima kasih ikwan yeba2 untuk  hot fm jem. kau mmg terbaik wok.
P/s/s: SIALAN day!
P/s/s/s: Takziah untuk puteh.. mungkin salah saya suruh awak bawa dia  balik kg..








malam indah 2

i love u damn much...
thanks..
nite..

Saturday, November 27

singkat

Baru rasa nak o.k, terus hilang mood. YM awak nakal sgt. saya pula dah penat nak buat apa-apa.

Thursday, November 25

manusia dan harapan


P/s: Hari ni penuh dengan pengharapan... saya harap awak ceritakan tentang itu, harapkan awak jelaskan tentang ini.... dan  sekarang dalam pengharapan saya kepada awak.. saya biarkan saja pada tangan Tuhan.. 

P/s/s: Harap  mak cik Fuziah sihat di ulang tahun yang ke- lupa pulak nak tanya anak mak cik...  

P/s/s/s: saya harap awak ingat saya tak suka pic ym tu..tapi knpe...

Wednesday, November 24

harapan

mungkin semakin tipis,
mungkin kau yang terpis.

P/s: manusia dan harapan tak dapat dipisahkan.

Tuesday, November 23

malam indah...

Dan bila hanya kita
tanpa siapa

yang saksinya cuma cinta
tanpa siapa

hanyut berdua
tanpa siapa

terus melayang
tanpa siapa.

Dan tanpa siapa-siapa
habis puas di malam indah
tanpa siapa...


P/s:  selamat malam awak...

Monday, November 22

Dia

Dia amat kasihan.keluarganya sudah tiada.. hidup seorang diri di rumah besar. Dia harus kuat ,dia kena tabah.


kemalangan itu buat dia hilang kawalan diri. Dia terus mencalitkan dosa keatas sesiapa yang didamping.


Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. dia menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.


P/s: kita mungkin tak dapat rasa penderitaan dan kesengsaraan orang yang sedang menderita.. Tapi apa yang kita boleh harap ialah suatu hari nanti tuhan tunjukkan dia jalan kebahagiaan. 


Saturday, November 20

Biar mati cinta ini

P/s: ini satu lagi hasil kerja buang masa petang tadi..dah tak terdaya tangan nak menulis..
P/s/s: qualiti video kurang  memuaskan sikit... baru nak buat akaun youtube... lepas ni baru  tuka link k.. layan je la dulu eh..
P/s/s/: jari jemari ku dah kemek











zaman dulu dan sekarang

Tajuk bosan kan.. haha.. aku tau dah..tapi mana datang sekarang kalau tak ada dulunya..kena ingat juga tu.. keadaan berubah mengikut peredaran masa..


kalau diingat2kan cara gelak pun boleh berubah ikut zaman sekarang ni.. kalau zaman dulu2 ketawa kau siap ada ketogeri..ketawa besar Ha Ha Ha ketawa kecik  hi hi hi  tapi sekarang ni macam2 pulak jenis ketawa dan susah pulak tu nak tau.. dia ni ketawa ke nangis ke... contohnya , huhuhuhuhuh, lol, dan ada pula yang aku terjumpa ketawa jenis baru Miahahahaha... Bahahaha... *sikit punya susah dia nak ketawa...



kalau zaman dedulu, bebudak kampung lepak simpang sambil main gitar. sambil melalak mengurat minah2 kilang balik kerja. tapi sekarang tak perlu dah semua tu... sekarang main gitar kat youtube  sambil mengUSHA awek guna skype, ym.. kalau suara sedap tak apa lah juga ye... ini suara katak puru karaoke jamban lagi best.



kalau dulu perempuan pantang sungguh menyanyi masa masak. kononnya takut dapat jodoh orang tua tapi sekarang ni.. apedehal..lagi tua lagi di gila.. lagi Dato-Dato tak kesahlah muka kendur kedut seribu pun asalkan poket hensem...mana nak layan pakwe cikai2 pakai moto pinjam Adnan Sempit kan.. kan..kan..elele ngaku aja lah kaum2 wanita..



Dan akhir sekali  tengok je la  vdio bawah ni..apa dah jadi dengan mereka ni zaman sekarang... 




Gagah kan mereka zaman sekarang... miahahaha....(gelak zaman sekarang) .... jadi sesiapa yang berbadan kecil sekarang, jangan ingat kamu akan terus mengecil untuk selamanya ye.. beringat!!!..dan yang sedang membesar pula... pandai2 la ye... owh begitu pule!.. 





P/s: perhati betul2 antara dua ni ada yang iras2 awak masa zaman sekarang! miahaha



P/s/s: gud nite awak... terimalah lambaian kaki saya sebagai pengganti diri... ngeeee... babaiiii... nitee...



P/s/s/s: segala vedio diambil ketika ini.. ketika sedang membaringkan diri.. harap maklum..











Friday, November 19

nak sayang orang, tapi tak pandai?

semalam setelah apa yang jadi,aku mula belajar cara-cara macam mana nak sayang orang.. bukan binatang. sayang orang dengan sayang babi memang lain. aku mintak maaf atas kesat bahasa aku semalam. 


mungkin aku dah hilang dia, sayang dia, cinta dia, tapi mungkin tak terlambat bagi korang nak kehilangan semua tu. sebenarnya senang saja nak sayang orang yang kita sayang..


semahunya kau  kena sayang dia dengan hati, bukan dengan perasaan. kalau dah meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, memang akan gagal sebab perasaan sentiasa berubah.  mungkin hari ni kau o.k... esok baran kau naik.. hari ni kau sayang dia, esok kau terpikat dengan orang lain..


sayang dia sepenuh hati. sebenarnya dia dah banyak berkorban untuk kau, dengan kelebihan yang ada pada dia, dan kekurangan yang ada pada kau, dia sebenarnya berpeluang mempunyai hubungan dengan orang yang lebih sempurna, tapi sebab cinta, dia pilih kau juga, jadi jangan sesekali mempermain-mainkan keluhuran cinta dia. 


sayang dia macam mana adanya dia. dekat dunia ni ada 150 jutabillion manusia dengan 150 jutabillion ragam. dia mungkin lain dari orang lain, biarkan dia kekal macam tu. jangan pula kau fikir nak ubah2 apa ada dia, sebab sekali kau fikir macam tu,  selamanya kau akan cuba mengubah dirinya. kau kena ingat mula2 kau terpikat dengan dia sebab dia adalah dia, jadi tak ada alasan untuk kau mengubah dia untuk jadi orang lain. 


percaya dengan dia. sentiasa percaya dan bersangka baik, walau apa pun yang kau dengar dari outsider. cuba letakkan diri kau dalam situasi dia sebelum nak buat apa-apa, kalau kau sendiri tak dapat nak terima, apa tah lagi dia. 


jangan terlalu memaksa. mungkin dia susah nak lafaz sayang dan cinta, tapi sebenarnya hati dia telah melafazkan. jangan memaksa dia untuk melakukan sesuatu yang tak ikhlas dari dirinya.


sayanglah dia, cintalah dia macam kau bagi hati kau untuk dilukai, untuk di sakiti tapi kepecayaan itu penting. percayalah dengan dia, maka dia akan melindungi hati kau dengan sepenuh jiwa dan raga.


jangan  berjanji nak sayang dia untuk selama-lamanya sebab dalam hatinya, mungkin semuanya akan berakhir keesokkan harinya. tapi kau kena berjanji untuk menyanyai diri dia macam seolah2 hari itu adalah hari terakhir untuk kau dengan dia. hari yang esok kau tak kan lihat dia lagi.


Dan akhir sekali, hormat pendirian dan keputusan dia. kalau dia dah tak dapat terima kau, jangan merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia dapat terima kau, sebab nanti yang kau dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukan cinta setulus hati.


P/s:  


















P/s/s: Tak tau nak ckp apa dah. 

Thursday, November 18

ya, aku memang tak ada rasa. langsung.

itu entri blog awak yang kata.

saya dah tak ada apa yang nak dikatakan lagi.

mungkin saya tak cukup sabar untuk semua ni dan untuk hari ini.
untuk setiap makian, setiap kesat kata saya, semua kerana saya ada perasaan.


P/s: ada orang tanya penah desperate? dan jawapan: pernah 

cobaan.

contengan yang kian pudar dibadan baby sekarang...




kala  kesepian di antara malam indah 
hanyalah bingkai indah yang menghiasi hati.

kala  kerinduan diantara hati kita
hanyalah titis airmata mengubati jiwa ini.



P/s: Bangun pagi pegang baby ulang2 ayat ni.. ini nama nya lagu pendek pagi hari.

Wednesday, November 17

selamat hari raya korban semua!

Hari ni aku korbankan pagi yang sejuk gila gaban ini dengan memperingatkan rakan-rakan di luar negara supaya jangan lupa menyambut hari raya korban walaupun disana menggunakan facebook dan skype.  Mereka ni bila dah di luar negara bukan main lagi berzina dengan gadis caucasian dan menghabiskan malam mereka menclubbing di sana sini. Bila mak call terus sembunyi dalam  toilet yang sound-proof dan buat-buat sakit rindu. ( Adalah sorang dua yang insaf berskype dengan aku semalam)




Hari ni aku korbankan masa  yang selalunya digunakan untuk menonton Discovery channel, National geographic dan Arena Sport dengan menonton rancangan pre-raya istimewa yang aku jarang tonton yang telah berjaya memantapkan vocab bahasa melayu yang lama tak diupdate dan sekaligus mengeluarkan segala makananan yang belum sempat didigest. Akhirnya diet aku berjaya. Terima kasih Mari menari! ( Nak kata aku layan gak reality show ni! )

Hari ni aku korbankan sisa-sisa masa aku yang tertinggal dengan menghayati kehidupan haiwan yang akan dikorbankan kejab lagi dengan either makan or tidur. Walaupun aku dah cuba meragut rumput tetapi cleaner kata rumput dekat2 kawasan ni dah bubuh baja. Lembu islam mana makan tahi. Aku rasa pengecualian ini valid. Tuhan taknak tengok hambanya seksa semata-mata mahu merasa perit lembu.

Hari ni aku korbankan masa memblog pasal benda yang tak  menyentuh soal sensitif jiwa. Untuk menjadikan ia lebih Islamic untuk verify status aku sebagai bekas pelajar tahfiz dan mahasiswa UM yang kononnya dulu islamic, aku akan meng-endingkan entry ini dengan frasa favourite pakcik-pakcik tua berserban terhadap remaja berT-shirt hitam yang berkobar-kobar untuk mempertahankan muzik indie (walaupun hanya pandai berpakaian ala ala Indie sahaja) :  Insaflah!



P/s: awak ni sambut raya atas katil ke.... tak bangun2 lg ni...
P/s/s: korban yang sebenar bagi aku tak perlulah di tunjuk2.. nanti pudar ikhlasnya...

Tuesday, November 16

hari ke 8

walau awek ni hadap aku tiap2 hari...

1.55pm = BOSAN


Aku dah malas nak rajin dengan orang yang malas. Aku pun dah jadi malas macam orang yang malas.

Aku dah malas .
Aku dah malas..


P/s: esok cepatlah sikit kau datang

Monday, November 15

kantoi

X : awak kat mana?

Y : KUALA PERLIS. kenapa?

X: owhh..saya mimpi awak dekat  KUALA LUMPUR. lagi

Y: * nasib tak kantoi

u...

i mintak maaf...
i tak dapat jadi yang terindah

i mintak maaf
i tak dapat bagi yang terindah

i mintak maaf
i masih gagal untuk jadi  lelaki terindah.

i mintak maaf.....

Sunday, November 14

hari ini esok lusa

Pernah tak kau sedar keadaan yang paling teruk merindui seseorang adalah bila mereka berada disamping kita tapi kau tidak mungkin dapat bersama mereka?
bila kau tidak dapat rasa mereka di hujung jari sendiri,  adakah kau merindui mereka?


Pernah tak kau  terfikir apakah luka yang paling dalam sekali,berkata sesuatu dan kemudiannya berharap kau tak akan melafazkannya, atau langsung tak berkata apa-apa dan kemudiannya berharap kau dah melakukan sebaliknya?



aku rasa perkara yang paling penting sekali adalah yang paling payah untuk disuarakan.

Semua itu adalah perkara-perkara yang kau malu kerana perkataan telah mengecilkan maksudnya, perkataan telah menghilangkan perkara-perkara yang dirasakan kekal abadi apabila ianya berada di dalam fikiran kau tetapi hanyalah perkara remeh apabila ia diungkapkan.



Jangan takut untuk memberitahu seseorang kalau kau sayangkan mereka. kalau kau lakukan, mereka mungkin akan mengecewakan tetapi kalau kau tak  melakukan, mungkin kau yang akan mengecewakan mereka.


Pernah tak kau  ambil keputusan untuk tak bercinta hanya kerana kau takut kehilangan semua yang kau dah miliki bersama dia ?



Hatilah yang memutuskan siapa yang ia sukai dan siapa pula yang tidak disukainya. kau tidak boleh mengarah.
Ia akan terjadi sendirinya … pada masa yang paling tidak kita sangka,atau diwaktu kita tak mahu ia melakukannya.


pernah tak kau teringin sangat menyintai seseorang dengan sepenuh hati tetapi si dia terlalu takut untuk membenarkan?Kebanyakan dari kita masih terus dikelilingi penghalang, kerana kita bimbang terlalu mengambil berat, sedangkan si dia tidak seberapa, atau pun tak pernah sama sekali.



Pernah tak kau sayang  seseorang dan mereka pula tidak pernah tahu?Atau jatuh cinta pada kawan baik kau sendiri, tetapi terpaksa duduk disampingnya dan melihat dia jatuh cinta dengan orang lain?


Pernah tak kau menafikan perasaan terhadap seseorang sebab  perasaan takut ditolak adalah terlalu payah untuk kau lalui? ataupun kau menolak ketepi hasrat  kerana merasakannya terlalu mustahil?


Kita menipu apabila kita takut …
takut pada apa yang kita tidak tahu,
takut pada apa yang orang lain akan fikir,
takut pada apa yang akan diketahui berkenaan kita.


Tetapi setiap kali kita menipu, perkara yang kita takuti itu semakin menjadi-jadi.


Hidup adalah berkaitan dengan risiko dan ia memerlukan kau untuk  bertindak.
Jangan menjadi seorang yang terpaksa memandang ke belakang dan tertanya-tanya samada dia akan dapat, atau sepatutnya dapat.


Kadangkala, hidup tidak memberi peluang kedua, tiada yang akan menunggu selamanya:


Kenangi masa Lalu,
kerana Ia yang telah menjadikan diri kau  sepertimana sekarang.
Hargai masa Sekarang,
kerana Ia adalah hadiah yang tidak ternilai.
Berdoalah  untuk masa Hadapan,
kerana Ia adalah dimana impian akan dipenuhi.


P/s: mungkin kau akan cakap aku tak rasa, boleh lah nak cakap, tapi apa yang kau tengah baca ni sebenarnya aku tengah mengenjeng diri sendiri. 

P/s/s: menjawab persoalan seseorang di formspring malam tadi.. harap terjawab. dan ada juga soalan2 bodoh dan pelik aku terima,  kalau kau berani nak menjatuhkan orang lain dengan soalan2 killer, aku harap kau berani jugak tampilkan diri kau sebenar... main campak2 batu sorok tangan zaman kecik2 boleh lah... 

P/s/s:kalau ada yang nak bertanya, sila fikir dulu, itu sebetulnya  http://www.formspring.me/sangrentan

Saturday, November 13

untuk bibir kamu.

hati aku yang keras cuba aku lembutkan
kata aku yang kesat lelah aku tahankan
semua untuk lihat kau pakai senyum yang aku berikan
yang hanya ada pada aku.
ya, hanya dari aku.

P/s: mungkin terlalu rindu

Tak sedap rasa

"Dosa kita dengan Tuhan, kita mintaklah kat mana pun, Dia dengar.. tapi kalau dengan manusia, lain.. lagi2 yang dah  dalam tanah tu!!..kalau dia tak maafkan kau, mampuslah kau!"



Sentap jugak kalau kau dapat patah2 ayat tu. kenapa tak ada yang senang memafkan macam nabi dulu? senang pulak aku persoal.. masa buat setan dulu tak pandai fikir pulak kan..

"tak ada manusia yang tak buat salah. sekarang kau taubat nasuha ye."

"hahhh, kalau dia ni, taubuat je mana reti taubat!"



P/s: Susah kalau ramai sangat yang nak ambil alih tugas Tuhan.


Friday, November 12

i wish you..

Best of luck.. and Do your best!

P/s: awak kena yakin dengan apa yang awak fikir. :)

Thursday, November 11

khamis malam jumaat

Sisip tepi ada surah Yasin.
siapa yang akan baca untuk aku?


P/s: satu hari nanti saya nak dengar awak bacakan yasin utk saya.

Alhamdulillah...

awak yang menyahut dan saya yang disahut.





Let's be strong like it's the only choice we have.



Kadang aku lupa bila  dalam gundah ada Dia untuk di ingat, untuk di damping, untuk di dekat.semalam malam paling teruk bila orang yang aku pecaya buat kimak. orang selalu cakap, antara kawan dan yang ada pertalian darah.. baik di hati2 kan kawan. 

Tapi apa  jadi kalau yang sedarah pun angkat pisau cucuk belakang? atau mungkin kita berlain jenis darah.  ah.. peduli apa aku. aku hormat orang yang hormat aku. walau kau tua mana pun. 

Dan malam tadi jugak Dia bagi dia dekat aku.. ye..Tuhan bagi awak.. terima kasih awak buat saya rasa tenang. bila awak bacakan surah Al-mulk sambung 10 ayat terakhir surah Al-kahfi, lapang hati ni macam duduk ditengah2   padang bola. suara awak buat hati jadi sayu dan terkaca juga mata mendengar. terima kasih awak.

P/s: . malam ni sebelum tidur saya nak dengar lagi ye.. =p