KITAduduk


Friday, November 5

Mak dan Ijal : Bila kau jauh tapi dekat (ep1)

Setelah berhari  ijal dan mak angkatnya (beza umur blh dibilang dgn jari) tak bertegur sapa dengan mesra, mungkin sebab kesibukkan masing2.. dan  malam tadi  tiba2 muncul.. mcm tau2 ijal  perlu seseorang.


Mak : Anak mak sihat? 
Ijal : Sihat. hah! aku ada lg mak rupanya. ingat dah x ingat.. (hobi ijal mmg memerli org..)
Mak : Tak pernah.. cuma tak ada sempat.. makan ubat, jangan jauh sangat terbangnya. langit tu tak terukur. nanti terhempas.
Ijal : Pandai la ijal... mak pun jaga diri. kalau x larat x payah paksa, ada apa2 problem habaq mai kat ijal k..jangan simpan sorang2.. dah berkudis susah nak ubatkan nanti..
Mak : ye ijal pandai lah mak.. (haih blh tahan memerli mak) ... ijal.. dengar sini..buruk mana pun kau fikir kau, kat ada yang cantik pada mata mak.


Mata ijal terkebil2 menahan air mata yang segan2 silu nak jatuh... dia mula terbayang wajah arwah mama.. sudah berapa lama  tidak terdapat kasih seorang emak.. semacam malam ini.



Ijal : kau suka buat aku rindu arwah la, sejak kau ada, aku rasa macam tuhan dah hidupkan balik mama aku.terima kasih sebab ada tika  ramai yang tak ada.. terima kasih buat aku percayakan kau.


mak angkatnya yang tidak punya cahaya mata itu senyum sambil ditemani air mata di pipi...



Mak : Terima kasih sebab buat mak dapat merasa risau ada anak bujang. .Ijal.. mak mungkin tak kenal kau dari kecik usia, tapi mak sayang kau. kau kena hidup 1000 tahun lagi...dah. pergilah rehat...
Ijal : erm ye...  mak jaga diri. kirim salam kat abah.


mak angkatnya mula mengagkat kening dan ketawa kecil..



Mak : kelakar. sbb muka kau macam suami aku.HAHA
Ijal : like father like son.. dahlah. kau buat aku macam budak sekolah tak sunat lagi je ni.. pegi lah tdo, dah malam sangat ni. 
Mak : selamat tidur, anak mak.
Ijal : selamat menikmati khamis malam jumaat mak, abah. 
Mak : rawrr..


P/s: kalau kau ada mak, kau jaga, sayang mak kau sampai dia kata, "nak, mak nak pergi dah ni..."

P/s/s : kalau kau punya anak, jaga sampai besar, sampai dia kata, "Mak, dah tiba masa saya pula yang kne jaga mak.."


8 comments:

jiwa kamu nak tambah apa? silalah