KITAduduk


Sunday, November 7

Pensil

Tadi sempat tengok  film PENSIL di TV3, arahan pengarah india Subash A/L Manokaran. Ini kali ke dua dah tengok, tapi tetap rasa yang sama..

lucu
sedih
menyayat hati
tersentuh



cerita ni memang agak lucu-lucu comel ..tapi  bila babak  sedih datang...mmg kamu tak terlepas mengalir air mata la tengok..memang  sgt menyentuh hati..kesungguhan seorang lelaki yg kurang upaya dalam mendapatkan cinta ibu tirinya, dalam usaha menjadi umat Islam yg terbaik, juga pencarian untuk berjaya dalam hidup..minatnya  yg mendalam terhadap pensil .. 



Tapi persoalannya, adakah Badrul boleh berjaya..?

ada sambungan cerita ni tak hek..? sebab dia pergi ke Kuala Lumpur macam tu je.. biadap betul ending nya. mungkin ade pensil 2 .. mungkin...



Terfikir jugak macam mana seorang yang menghanut agama hindu boleh mengarah filem sebegini. yang punya unsur agama islam dan kebudayaan melayu..sampai terkesan sekali bila menonton. memang kamu akan rasa..emak , mak  kat mana?.. rindu sangat... 


kamu pernah punya perasaan ada seorang nenek? pasti comel bukan... ahhh mengada nak rindu pulak kat nenek... 

Yang ini komen pengarah Subash A/L Manokaran: 

"Saya sukakan cara hidup masyarakat Melayu. Apatah lagi kehidupan mereka berpaksi pada kepercayaan kepada satu Tuhan. Di situ saja, kita boleh lihat betapa ia tidak bercelaru seperti sebahagian masyarakat lain. Ditambah pula dengan nilai murni yang ada pada mereka, saya berasakan masyarakat Melayu cukup unik untuk dipaparkan. Pada ketika yang sama, saya bimbang nilai itu akan terhakis dengan kemasukan budaya Barat yang semakin ketara. Justeru, menerusi filem saya, diharap orang ramai akan menghargai nilai murni yang semakin hilang. Banyak sekali nilai baik yang boleh dijadikan contoh teladan. Lagipun, hanya di Malaysia wujudnya nilai masyarakat Melayu sedemikian," katanya.


Orang bukan Islam pun boleh bikin filem yg ade moral dan nilai kehidupan yang walllah…harapnya, orang Islam kita boleh ambil iktibar untuk menghasilkan filem2 yang ada nilai2 sebegini..dan agak suka nak petik satu kata dalam filem ni..

‘Allah beri rezeki macam hujan. Semua orang dapat’..


P/s: tunggu apa lagi, pegi lah layan citer ni.. 


P/s/s: Cuba mengungkapkan rasa kemanusiaan dan moral dalam masyarakat Malaysia yang majemuk dengan pertanyaan apa bentuk hubungan yang diperlukan untuk mengukuhkan integrasi di negara ini?

P/s/s/s: Nak share skit video ni ... asyik2 pasal mak aja  kan.. apa kata kita tengok pengorbangan bapak pulak...  "i can do all things through Him who strengthens me"...sekarang pasang mood "biar" yer... layan...klik sini



4 comments:

  1. 4 kali tgk. 4 kali nanges.. i suka nenek die..

    ReplyDelete
  2. taktau:

    nenek die cool.sapoter terhebat. kalau dapat nenek mcm tu, tuhan nak jadikan aku ape je, aku terima...

    ReplyDelete
  3. yeah.. nenek die mmg sapotif. huhu.

    "paa.. nun.. sin..ya..lam"

    (nenek eja smbil tulis kt tanah)




    aihh.. tingat arwah nenek2 la plak.

    ReplyDelete
  4. taktau:

    comel gler kot kan time tu..

    part makan bubur kacang tu pon best gak...

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah