KITAduduk


Sunday, November 14

hari ini esok lusa

Pernah tak kau sedar keadaan yang paling teruk merindui seseorang adalah bila mereka berada disamping kita tapi kau tidak mungkin dapat bersama mereka?
bila kau tidak dapat rasa mereka di hujung jari sendiri,  adakah kau merindui mereka?


Pernah tak kau  terfikir apakah luka yang paling dalam sekali,berkata sesuatu dan kemudiannya berharap kau tak akan melafazkannya, atau langsung tak berkata apa-apa dan kemudiannya berharap kau dah melakukan sebaliknya?



aku rasa perkara yang paling penting sekali adalah yang paling payah untuk disuarakan.

Semua itu adalah perkara-perkara yang kau malu kerana perkataan telah mengecilkan maksudnya, perkataan telah menghilangkan perkara-perkara yang dirasakan kekal abadi apabila ianya berada di dalam fikiran kau tetapi hanyalah perkara remeh apabila ia diungkapkan.



Jangan takut untuk memberitahu seseorang kalau kau sayangkan mereka. kalau kau lakukan, mereka mungkin akan mengecewakan tetapi kalau kau tak  melakukan, mungkin kau yang akan mengecewakan mereka.


Pernah tak kau  ambil keputusan untuk tak bercinta hanya kerana kau takut kehilangan semua yang kau dah miliki bersama dia ?



Hatilah yang memutuskan siapa yang ia sukai dan siapa pula yang tidak disukainya. kau tidak boleh mengarah.
Ia akan terjadi sendirinya … pada masa yang paling tidak kita sangka,atau diwaktu kita tak mahu ia melakukannya.


pernah tak kau teringin sangat menyintai seseorang dengan sepenuh hati tetapi si dia terlalu takut untuk membenarkan?Kebanyakan dari kita masih terus dikelilingi penghalang, kerana kita bimbang terlalu mengambil berat, sedangkan si dia tidak seberapa, atau pun tak pernah sama sekali.



Pernah tak kau sayang  seseorang dan mereka pula tidak pernah tahu?Atau jatuh cinta pada kawan baik kau sendiri, tetapi terpaksa duduk disampingnya dan melihat dia jatuh cinta dengan orang lain?


Pernah tak kau menafikan perasaan terhadap seseorang sebab  perasaan takut ditolak adalah terlalu payah untuk kau lalui? ataupun kau menolak ketepi hasrat  kerana merasakannya terlalu mustahil?


Kita menipu apabila kita takut …
takut pada apa yang kita tidak tahu,
takut pada apa yang orang lain akan fikir,
takut pada apa yang akan diketahui berkenaan kita.


Tetapi setiap kali kita menipu, perkara yang kita takuti itu semakin menjadi-jadi.


Hidup adalah berkaitan dengan risiko dan ia memerlukan kau untuk  bertindak.
Jangan menjadi seorang yang terpaksa memandang ke belakang dan tertanya-tanya samada dia akan dapat, atau sepatutnya dapat.


Kadangkala, hidup tidak memberi peluang kedua, tiada yang akan menunggu selamanya:


Kenangi masa Lalu,
kerana Ia yang telah menjadikan diri kau  sepertimana sekarang.
Hargai masa Sekarang,
kerana Ia adalah hadiah yang tidak ternilai.
Berdoalah  untuk masa Hadapan,
kerana Ia adalah dimana impian akan dipenuhi.


P/s: mungkin kau akan cakap aku tak rasa, boleh lah nak cakap, tapi apa yang kau tengah baca ni sebenarnya aku tengah mengenjeng diri sendiri. 

P/s/s: menjawab persoalan seseorang di formspring malam tadi.. harap terjawab. dan ada juga soalan2 bodoh dan pelik aku terima,  kalau kau berani nak menjatuhkan orang lain dengan soalan2 killer, aku harap kau berani jugak tampilkan diri kau sebenar... main campak2 batu sorok tangan zaman kecik2 boleh lah... 

P/s/s:kalau ada yang nak bertanya, sila fikir dulu, itu sebetulnya  http://www.formspring.me/sangrentan

12 comments:

  1. adeh.... ok. makan dalam.

    pernah jatuh chenta dengan kawan baik sendiri.sakit bila setiap hari dia bercerita tentang apa yang dia buat. pergi mana. owh paling sakit bila dia bakal bertunang. tapi itu dulu.

    dan bila esoknya.. aku mampu berdiri sebelahnya. dan tersenyum bahagia. kerana aku lepaskan dia dengan ikhlas hati dan ALLAH itu maha adil. dia berikan aku sesorang yang terima buruk baik aku sebagai manusia hina.

    p/s: suara aku akan bergetar bila aku payah nak luahkan sesuatu..

    semoga bahagia milik kamu dan semua manusia di dunia..... =)

    ReplyDelete
  2. yaniey cikedies:

    soal hati mmg tak boleh paksa, diarah2 mana kau kena pergi.. tuhan suruh kita mencari... dan selagi belum terikat dengan apa2 ikatan, janganlah anggap dia jodoh,dia takdir. cinta boleh kita rasa berkali2.. tapi jodoh akan kau pakai sekali. iaitu bersama bakal isteri atau suami kamu yang sah..

    rep p/s: bende normal setiap org.

    terima kasih.. moga bahagia milik kamu dan semua manusia juga..

    :)

    ReplyDelete
  3. entry kamu. buat aku jadi sangat emosional malam ini.dah la hujan.ada rasa sakit dalam tubuh aku.hati aku mungkin.

    p.s : 1st time jejak cni.salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. tulisan kamu sangat indah.

    ReplyDelete
  5. cik gincu : sabar. terima kasih datang lah lagi.

    ReplyDelete
  6. cheq tun:

    terima kasih selalu dtg... :)

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah