KITAduduk


Tuesday, November 30

aku kaya pada jiwa "murder by family'

Satu hari tadi  aku cuba menghabiskan  bacaan "murder by family' pemberian seseorang. walaupun mulanya aku rasa ini satu pemberian memerli aku, yang pasti kau memang kaki perli. tapi bila hampir separuh pembacaan aku mula sedar apa yang ingin disampaikan...terima kasih..  ini aku cuba kongsikan sikit apa yang aku dapat..

Sesi kaunseling  Kamal dan Dr steve
Kamal : kesal hanyalah satu perkataan. ia amat jauh dengan apa yang saya rasa. saya tak akan buat apa2 untuk mengubahnya.saya tak boleh mengubahnya.

Dr steve : kenapa kami harus percaya apa yang awak kata?begitu banyak daripada kehidupan awak adalah pembohongan.

Kamal : ia adalah keputusan yang awak harus buat.saya hanya boleh beritahu awak apa yang saya rasakan dan seperti semua orang awak boleh pilih untuk percaya atau tidak.

Dr Steve : adalah awak terkejut apabila adik awak memaafkan awak?


Kamal : ya. saya tak maksudkan saya tak fikir dia mampu buat begitu tapi apabila seseorang buat sesuatu sehebat itu... ya, ia selalunya agak mengejutkan

Dr Steve : awak rasa awak patut dapat kemaafan itu?

*kamal diam

Kamal : ia amat mudah untuk saya memaafkan orang lain. tapi amat sukar untuk saya memaafkan diri saya sendiri.

Dr Steve : awak tahu apa kata-kata terakhir awak nanti?


*kamal memejam mata dan buka perlahan2


Kamal : saya tahu ada beberapa perkara yang saya akan cakap dengan  keluarga saya semasa lawatan terakhir kami.tapi saya tak mahu ada sesiapa pada hari akhir saya hari penghukuman. ia sesuatu yang ngeri yang terpaksa dilihat dan saya... saya tak mahu mereka menaggungnya seumur hidup mereka.


Di sudut lain, perbualan antara Drsteve, Drmikail dan kamalia
Dr mikail : awak mahu berada disana? 

kamalia   : sudah tentu. saya akan berada disana.

Dr mikail : kamalia, awak mungkin menyatakan kata2 terakhir bukan? dan Dr steve, 
awak mempercayainya? 

Dr Steve  : ia soalan yang sukar. maksud saya kamal ...

Dr mikail : dia kata "ia amat mudah untuk saya memaafkan orang lain. tapi amat sukar untuk saya memaafkan diri saya sendiri."  tapi dia tidak memaafkan ibunya sendiri kerana melahirkannya ke dunia ini. dia tidak memaafkan adiknya yang menyanyai dan memujanya. jadi, apa yang dia cakapkan, mudah untuk saya memaafkan orang lain?

Dr Steve : itu soalan sukar untuk saya jawab sebab dia amat menyakinkan dan kelihatan amat menyesal dalam temu bual pada tempoh hari. tapi saya secara ikhlasnya terpaksa mengawasi diri.  saya tak tahu jika terdapat seseorang yang dapat benar2 mengenali siapa kamal. adakah dia menyesal? dia kelihatan begitu, tetapi sama ada benar atau tidak, hanya dia yang tahu. 



Skype antara Dr steve dan Dr Julia.
Dr steve : apakah definasi awak untuk sosiopat?


Dr julia : seorang sosiopat adalah seorang yang tidak mempunyai hati nurani. ia keadaan yang dingin dimana seseorang itu tidak ditahan oleh perasaan sayang,simpati, malu, takut,rasa bersalah yang kebanyakkan kita terkekang oleh nya. apabila kita tidak mempunyai hati nurani satu2nya yang menghalang kita ialah tidak tertangkap. kita seperti hanya mencari kita mencari keseronokkan dan cara untuk terasa hidup sebab kita tak memiliki hubungan kasih sayang ini. jika kita memasukkan narsissisme yang mana di definasikan sebagai ketidakupayaan menyayangi atau menerima kasih sayang itu adalah hubungan yang amat bahaya. bagi saya ia bukan salah siapa2,kita tidak dilahirkan begitu. kita membesar menjadi begitu.

saya rasa apa yang berlaku kepada kamal  ialah dia tidak menerima kasih sayang yang diberikan kepadanya dalam cara yang membina hati nurani dan membina keperluan dalaman yang dia perlukan untuk membimbing dan memberinya ketabahan. sebaliknya dia berasa kosong dan beransur2 marah dan mencari drama hebat yang boleh membuatnya terasa hidup dan ia sampai kepada sebahagian tragik yang dasyat ini


Dr steve : awak menulis buku "Dare to forgive" dan seperti saya kata tadi kamalia berada di hospital dan buat keputusan dia akan memaafkan walaupun dia  tak tahu siapa pembunuh emaknya dan jelas dia sangka pembunuh itu adalah orang lain dan bukan ahli keluarganya sendiri. adakah kita perlu menjadi orang yang istimewa atau mempunyai keyakinan yang istimewa untuk memiliki kemaafan seperti itu?

Dr julia: ya, kita mesti ada keyakinan bahawa ada kebaikan yang kita inginkan kerana pada dasarnya kita mesti menjangkaui perasaan primatif yang penuh kekusutan itu. apabila perkara dasyat seperti ini berlaku, perasaan semula jadi kita adalah membalas dendam dan marah. dan kita mahu menyerangnya dan membalasnya. kita mesti ada kepecayaan yang kuat dan berkata " tidak, saya tak akan buat begitu...saya tidak mahu penderitaan saya berubah menjadi lebih meenderita" 

dan hari esok kita percaya kita boleh wujudkan dunia yang lebih baik. jadi, ya. kita mesti memilikinya. kemaafan juga adalah hadiah kepada diri kita. ia sesuatu yang bagus untuk Kamal dan Kamalia. 

Dr Steve : kemaafan bukanlah sesuatu yang kita buat sebab kita membiarkan orang itu, apa yang seseorang itu telah lakukan atau melupakannya. ia juga tak bermakna melepaskan seseorang itu dari tanggungjawab tapi sekadar untuk melepaskan kebencian itu. itu yang kita maksudkan apabila kita kata memaafkan.

Dr julia :ya, ia bukanlah bermakna kita membiarkan apa yang berlaku, kita tak mengatakan buat lagi.kita mengatakan "saya tidak mahu hidup dengan racun keberangandan rasa geram yang kronik ini.kita mesti boleh berasa marah. berasa marah adalah seperti bersin, ia melegakan system 

Dr Steve : itu yang saya tanyakan pada kamalia, adakah awak merasa marah? dia katakan ya, saya marah kerana dia telah merampas kebahagian saya. 


***

kita harus membuat pilihan sama ada kita akan memaafkan atau tidak. bagi aku, sebagai  manusia yang ada kepercayaan, tuhan menyeru kita supaya memaafkan,walaupun aku rasa itu perkara sukar, tapi aku percaya dengan bantuan dariNya, kita boleh lakukan. dan kita mesti cuba walaupun tahu ia sangat sukar.dan kita juga mesti memaafkan untuk sembuh meneruskan hidup.dan aku  mahu hidup aku  bermula semula. tak kau rasa yang sama?


kalau kita tidak memafkan org...kita membawa racun itu bersama kita. sebab kesan tidak memaafkan adalah pada orang yang memendamnya. itulah sebabnya kita harus melupakan supaya  kita boleh  mambebaskan diri kita. seringkali apabila kita seorang sosiopat, kita perlu membawanya lebih jauh lagi supaya dapat merasa sesuatu. kerana ia amat menakutkan bila kita tidak mempunyai hati nurani apa bila kita tiada sekatan. kita hanya mahu lebih banyak sensasi. dan bagi aku apa yang kamalia lakukan itu amat mengagumkan. dia terus menyayangi abangnya dan ia hadiah yang dia beri pada dirinya yang  dia akan bersama abangnya sehingga akhir kematian abangnya.ia memerlukan kekuatan dan keyakinan di pihaknya. 



Dan bagi aku Kamal pula terlalu memikirkan tentang apa yang bakal berlaku, jika ia benar2 berlaku dan akhibatnya. dan apa yang dia katakan pada muka surat 136 amat tepat :

" saya contoh tak baik refleksi yang di tinggalkan riak yang seorang manusia seharusnya jadi" 

 dia cuba menjadi manusia. dia cuba merasai.dia cuba jadi seorang insan. 

" saya mencuba. saya memiliki semua sifat luaran seorang manusia tapi disebaliknya, saya tak boleh mengenalpasti apa-apa"  

dan sebenarnya hilang haluan, dia tak tahu siapa diri dia , dia tak ada perasaan yang sebenar atau belas kasihan untuk dia dan org lain. jadi itulah yang dia dapat. itulah seorang sosiopat.


Dan aku bersetuju dgn apa yang Kamalia dapat lakukan dan salah satu sebab kenapa aku berminat berkongsi cerita ini untuk setiap yang membaca ini supaya menyelami hidup kau dan bertanya siapa yang akau perlu maafkan? beban apa yang kau pikul? toksin atau racun apakah yang kau sering beri kepada diri kau kerana  kau  tidak memaafkan. dan cuba lihat bagaimana kamalia memaafkan kamal yang telah membunuh kedua ibubapanya dan kita dapat lihat bahawa kemaafan itu tidak mustahil.


Apa yang indahnya jika kita buat pilihan untuk memaafkan,perubahan akan berlaku pada diri kita dan ketika itulah kita benar2 boleh mula rasa sembuh. dan ia  boleh membantu kau mengatasi kesedihan. kesedihan memamg sesuatu yang sukar tapi janga sia-siakan semua kesedihan itu dengan berakhir sebaliknya setelah melalui kesedihan itu dengan jiwa yang penuh dendam aku ingin melalui masa yang sukar itu dan ketauhilah masih ada kehidupan diluar sana, dan  kau  tak teruja ke untuk melihat? jadi maafkanlah... mulakan hidup yang baru dengan tenang..

harga sebuah kemaafan tak kan ada nilai paling tinggi yang kau boleh dipajak gadaikan..biar poket sengkek tapi kaya pada jiwa.. -perempuan itu-


P/s: kali ni aku tak boleh bendung patah ayat dalam perenggan.. dan mungkin akan buat kau skip sana sini..
P/s/: ini entry kesinambungan blog  Lu.... pi/ perempuan itu/ airina/ nur.. dah terbalas kan..  1-1 o.k!


8 comments:

  1. entri yang ada jiwa beb. panjang berjela, dah boleh buat skrip filem ni.

    aku juga kadang2 benci untuk beri kata maaf. bukan egois semata, tapi masih tidak boleh terima bohong dajal dunia.

    dan juga aku takut bila mudah sangat memberi kemaafan, manusia akan meremehkan aku. entah, agak gila kan.

    ReplyDelete
  2. memang berat nak maafkan orang lagi lagi kalau berkenaan sola hati jiwa dan raga tapi kita x sempurnakan so kena ikhlas lah utk beri kemaafan walupun berat

    ReplyDelete
  3. Benar dendam yg dibawa itu lebih berbisa tetapi apabila marah menguasai diri, si tanduk pun mula tunjuk belangnya,ego mula mengusai,perkataan 'maaf' seolah-olah tidak wujud dalam kamus,itu sebab manusia yang hebat manusia yang mampu memaafkan manusia yang lainnya,kerana salah manusia antara manusia dapat disattlekan dengan manusia.

    P/s : entah siapa lagi yang berdendam dengan aku,harap 0-0 , aku tak mahu cari dekat akhirat esok.

    1-1 beb :)

    ReplyDelete
  4. zulhadiri : haha.. kau gila beb!

    Saff Trixibelle Geldof : yup. mesti.

    nur : manusia yang nak jadi tuhan tu plak mcm mane?

    ReplyDelete
  5. aku cuma baca kumen ko untuk nur:manusia yang nak jadi tuhan tu plak mcm mane?

    maksud ko dalam meletakkan hukum? atau apa? sila jelaskan.

    ReplyDelete
  6. misshazalime: ya, manusia yang nak pikul kerja tuhan.

    ReplyDelete
  7. haha!itu aku pon x suka~ tp tkpa. ko cuba berfikiran +ve. mungkin dia cuma cuba membaiki situation, aku x leh pk +ve nanti aku demam :(

    ReplyDelete
  8. kalau manusia nak jadi tuhan maka jawapannya semuanya dia je betul. kan?

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah