KITAduduk


Wednesday, November 17

selamat hari raya korban semua!

Hari ni aku korbankan pagi yang sejuk gila gaban ini dengan memperingatkan rakan-rakan di luar negara supaya jangan lupa menyambut hari raya korban walaupun disana menggunakan facebook dan skype.  Mereka ni bila dah di luar negara bukan main lagi berzina dengan gadis caucasian dan menghabiskan malam mereka menclubbing di sana sini. Bila mak call terus sembunyi dalam  toilet yang sound-proof dan buat-buat sakit rindu. ( Adalah sorang dua yang insaf berskype dengan aku semalam)




Hari ni aku korbankan masa  yang selalunya digunakan untuk menonton Discovery channel, National geographic dan Arena Sport dengan menonton rancangan pre-raya istimewa yang aku jarang tonton yang telah berjaya memantapkan vocab bahasa melayu yang lama tak diupdate dan sekaligus mengeluarkan segala makananan yang belum sempat didigest. Akhirnya diet aku berjaya. Terima kasih Mari menari! ( Nak kata aku layan gak reality show ni! )

Hari ni aku korbankan sisa-sisa masa aku yang tertinggal dengan menghayati kehidupan haiwan yang akan dikorbankan kejab lagi dengan either makan or tidur. Walaupun aku dah cuba meragut rumput tetapi cleaner kata rumput dekat2 kawasan ni dah bubuh baja. Lembu islam mana makan tahi. Aku rasa pengecualian ini valid. Tuhan taknak tengok hambanya seksa semata-mata mahu merasa perit lembu.

Hari ni aku korbankan masa memblog pasal benda yang tak  menyentuh soal sensitif jiwa. Untuk menjadikan ia lebih Islamic untuk verify status aku sebagai bekas pelajar tahfiz dan mahasiswa UM yang kononnya dulu islamic, aku akan meng-endingkan entry ini dengan frasa favourite pakcik-pakcik tua berserban terhadap remaja berT-shirt hitam yang berkobar-kobar untuk mempertahankan muzik indie (walaupun hanya pandai berpakaian ala ala Indie sahaja) :  Insaflah!



P/s: awak ni sambut raya atas katil ke.... tak bangun2 lg ni...
P/s/s: korban yang sebenar bagi aku tak perlulah di tunjuk2.. nanti pudar ikhlasnya...

4 comments:

  1. yaniey cikedies: selamat berhari raya haji yo

    ReplyDelete
  2. selamat!!

    Mudah-mudahan ibadat korban yang kita lakukan sepanjang Hari Aidiladha dan Hari2 Tasyrik termasuk ibadat2 lain juga akan diterima Allah. Aminn...

    =)

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah