KITAduduk


Friday, December 31

Jurnal kehidupan

Ini adalah permulaan untuk penghujung waktu.

31.12.2010

selamat tinggal.

Thursday, December 30

Halimunan

Ada seorang gadis
selalu mengukir senyuman
sering riang berdepan

namun,
adakah dia memandang aku atau hanya topeng didepan wajah?

Mengintai cermin bawah,  asyiknya si tua mengutip tin minuman. Rasa nak turun bagi setin milo ais ditangan. Tapi malasnya ya amat. Aku baling kang. 

via mobile

Wednesday, December 29

aku yang aku cari

lima minit saja boleh bikin orang sayang. lima minit juga orang boleh melupakan. yang tetap hanya masa. Akan lansung berjalan, yang statik kenangan.


Dalam pergerakkan masa kadang kita terpaksa berhadap dengan pilihan. untuk menggenggam atau terus melepaskan. untuk terus bersama masa dan keadaan atau langkah bersama harapan depan.


Tawaran datang depan mata terkadang buat diri goyang juga. ya atau tak, yang pasti aku lihat sekeliling.  melihat mereka dah  stabil dengan kehidupan masing2, mungkin penyelesaiannya, aku harus melangkah kebelakang. aku tak mungkin  sehebat awan nano untuk melindung yang kasih. Jadi mungkin sekarang dah tiba masa untuk fikir pasal diri aku.


2011 penentu segala. mungkin kerjaya baru buat aku.Menjadi seseorang akan  dipandang, ingin juga tahu apa rasa jadi bahan perhatian. apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian.


Ini bukan balasan dendam dengan kehidupan. Disini aku sembunyi di sebalik sempadan maya. pernah meletak diri di diri lain. bukan diriku.jiwa aku biasa seperti manusia biasa. walau hakikat aku dihantukan bayang2. aku juga punya hati, aku juga punya perasaan sama seperti manusia, sama seperti kamu.


Untuk penutup tahun, aku harap halal semua. jumpa lagi tahun depan. Semoga aku jumpa aku yang aku cari.


kalau diberi peluang mengarah filem, aku mau pilih skrip judul Time. dengan tagline "cepat atau lambat, 5 minit boleh mengubah hidup seseorang". kalaulah wujud skrip ni. 

Tuesday, December 28

AWAN NANO



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu


Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu



Kasihnya Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenar dan pelindung dirimu sayang, walaupun tak akan tercapai jejarimu.

Dia Jid

Dia baik dan boleh jadi terlalu baik tapi jangan lupa, dia juga boleh jadi terlalu jahat. Jangan bagi dia peluang kejahatan, sehabis daya akan dijatuhkan segala.  


Friday, December 24

Dia Jid | 26 tahun

seperti biasa, bangun pagi dan ke pejabat. 8.30. Punch card.

Dia terus diam dimeja. personalitinya semalam bersama2 teman terus dituka. mood kerja mungkin. orang keliling tidak mengenali siapa dia sebenarnya. Sombong? ego?. Dia terima diam2.

Tak kenal memang tak cinta. Yang penting ada yang kenal siapa dia. staff2 yang kuat bergosip sana sini, ampu mengampu buat dia rasa loya mahu bermesra alam.

Plastik.Hipokrit.

Hari ini meraikan kenaikan pangkat Raffy. Dia hanya perhati dari cermin bilik. Kadang tersenyum dengan gelagat gadis2 yang teruja. ah, macam mereka yang rasa naik gaji. Dia teruskan sisa kerja walau jam hampir 12 tengahhari. waktu rehat hari jumaat.

Memang dia tak akan keluar makan bersama staff2 lain. Lagi selesa berteman surat khabar dan telinga yang dicucuk lagu2 dari iphone.

Bukan juga mahu tunjuk lagak makan di starbucks, cuma nak dapatkan wireless internet. muat turun lagu2, blogging, update fb fanclub (oh, bohong yang ini). mereka tak paham yang itu. dia perlukan ruang sendiri.

12 jam bertentang mata dengan manusia yang sama muak juga. mungkin kalau dia yang menulis cerita ini, semahunya dia mahu fahamkan mereka. tapi dia penrdiam dikeadaan sekarang.

Dia terus begitu. tapi yang sebenarnya disebalik semua ini,  dia pemalu, dan segan mahu memulakan. seronok juga lihat mereka ketawa suka, tapi itulah.. Dia hidup dalam hidupnya sahaja.

Dia Jid. Sedang bingung memilih menu tengah hari.

via mobile

Thursday, December 23

Pilihan jalan


Aku semakin ghairah untuk temu jalan keluar. tapi aku dah sesat ni.

Mak kata jangan putus asa cubalah sampai penat.Bobby kata kuatkan stamina, mari mula semula.

Ikut Mak aku harus terus mencari jalan  tanpa menoleh kebelakang biar tersungkur di pijak bumi sekali pun, asalkan kau puas. Ikut Bobby pula mula semula.  aku harus lupakan yang sekarang dan bina semua .

jadi yang mana?

Aih, korang dua ni bagi aku konfiuslah. Biar aku cari jalan sendirilah.. Lambat2 pun sampai.

Entri baru

aku dah buat perubahan. tapi bukan dekat sini la. nanti2 akan berjangkit jugak. pelan2 biar orang tak perasan.
bila bangun esok harap ada yang buat otak berfikir. sekurangnya untuk habiskan cube biru. 

Wednesday, December 22

unsangkarable

huaahhh...

Penat.Tak ada nafsu nak makan tengahari .
Tapi nafsu menaip suam2 suku. Siapa sangka bila bangun pagi  kena ikat leher. ah, dah berapa tahun aku tak pakai tali yang tergantung2 ni. Siapa sangka pagi2 dah ada dekat tempat yang tak pernah disangka2 dan hadap orang yang paling.. hey.. tak tau lah nak kata apa. serabut2.Tapi aku penyabar kot.

unsangkarable.

*senyum senget 

Dan tapi  siapa sangka juga boleh berbaik dengan seseorang yang  sangat disampah dan paling  dibenci yang dulu sampai nak maki2, tak cukup gaduh mulut sampai berjela2 kutuk dalam blog atau fb. siapa sangkakan?

kadang2  orang yang kita tak sangka2 tu yang datang wujud. yang ada bila tak ada siapa nak duduk dan tanya:

hey, kau mcam mana hari ni?chill la beb

Serius doh aku terharu. 

dan aku pun bersangka2, semua  ni Tuhan punya kerja. 

unsangkarable day.

P/s: Tak sangka malam ni kena pilih antara family dan kawan. arghh.


 via mobile















Monday, December 20

Bookstore

Penutup hari yang bosan.
 --adeh, kenapalah

Dalam ramai2, aku sorang2.

Macam agak biadap bila aku minta sarapan pagi pada jam 2pm. Tapi aku lapar lontong! kesah apa aku nak makan jugak. Tapi dapat ke?

Macam hidup ini jugak, penuh dengan harapan dan angan2. nak semua kalau boleh. tapi mampu ke?

jam 2 petang aku masih menanti lontong.

kadang aku rasa ada sesuatu yang tak cukup dalam diri. walau duduk dalam ramai, aku tetap rasa kosong yang tak tau nak sumbat dengan apa. Balik dari bermonoloqe dengan teman2 semalam, aku duduk didepan laptop ni. tak tertaip apa.

buzz!
subuh weh!  *msg ym.

patutlah rasa kosong dan ada yang tak melengkapi, magrib isyak dan subuh aku lari.

aku uzur.
kau tolong doa utk aku. *reply msg ym

betapa malasnya badan. memang inilah sebab aku rasakan diri kosong, dan ada yang tak melengkapi. kalau pun gunung, langit dan laut itu milik aku,  akan rasa kosong jugak kalau semua itu tak berpenghuni. semuanya berbalik pada yang Satu. kau hilang tuhan, kau  sesat dalam kesendirian.

6am. Alhamdulillah. tidur dalam keimanan. mungkin.

Sunday, December 19

soal hati.

Aku rasa tak sedap hati je. dari bangun tidur tadi. sesak betol. ada yang yang suruh aku solat. kejap lagi lah.
hari ni keluar pakai baju kuning. ceria sikit. teringin sangat nak makan lontong. mana nak cari? 
pesanan : aku rindu semua orang. jaga diri plz.

Hadiah atau Padah

Baru tadi aku dapat hadiah yang tak ternilai. walaupun hanya boleh dilihat.lepas segala rasa dalam dada.  syukurnya macam nak sujud sekarang. Mak oi, terima kasih kerana beri peluang!. dan dalam peluang itu jugak aku nampakkan sesuatu2 yang aku tak mahu lihat dan menambahkan rasa kesangsian. tapi tak apa. aku tak boleh nak tentu2kan lagi. Lagi pun semuanya lancar aku tgk. bahagia sana sini. jadi aku senyum.
 untuk itu, J dan D, jaga hati masing2. hati aku? aku dah simpan dalam2.

P/s: ayg abg pun o.k jugak.. miaw2 :)




Saturday, December 18

Dia Jid | 26 tahun

Dalam hujan rintik2, dia duduk sendiri disudut belah kanan anjung bilik. berbekal putung rokok yang keenam dan seketul hati yang resah.

hilang..


itu yang berpusing difikiran. dia terus mencari setiap masa yang hilang, setiap insan yang hilang, setiap pengorbanan yang hilang dan setiap yang hilang, hilang.

habis putung yang keenam. kini ke tujuh.

kalaulah dia   kini jid | 4tahun , mahu difikirkan apa lagi tentang hilang. hanya menangis bila puting hilang. cuma kini dia perlu sedar  jid 4 tahun yang dulu nangiskan putingnya  kini sudah mencecah 26 .

patutkah aku menangis lagi diketika ini? dia berbisik.

perlahan2  menenyeh putung yang terakhir lalu bangun dan berbaring dikatil. ditutupnya kedua belah mata lalu terkeluar  air yang pernah dikeluarkannya ketika umur 4 tahun. bukan kerana hilang puting mak, tapi mungkin mak we.

Dia Jid.



P/s:

Friday, December 17

untuk orang-orang kuala Lumpur.

KONSERT 'ANALOQUE' - ANA RAFFALI & MONOLOQUE
TARIKH: 19 DISEMBER
LOKASI: LAMBANG SARI, ISTANA BUDAYA
PERSEMBAHAN PERTAMA: 3:00PM
PERSEMBAHAN KEDUA: 8:45PM
HARGA TIKET:RM59
MAKLUMAT LANJUT: www.ticket2u.biz
TELEFON:             03-41478600      
TIKET JUGA BOLEH DIBELI DI ISTANA BUDAYA






P/s: berani cari aku disana.
P/s/s: orang2 ipoh dan penang yang  mana mengeluh  minggu lepas boleh cari tiket bus skng.

kerana ketidakwarasan

memandangkan hp aku dah jahanam. jadi aku terima satu pesanan ringkas di inbox fb.

"kau akan mati sebentar lagi. tak lama. sekejab lagi. baik kau on hp sebelum kau tak sempat ucap apa2 dekat sapa2. "

babun lah minah ni.

gopoh gak aku cari balik serpihan yang tinggal. sempat jugak aku reply.

"kau babi!"

selang 1 minit.

maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu, fahamilah ku tak.. (msg ringtone )


plup!!.mati



P/s : tak ada satu msg pun yang aku dapat baca dalam minggu ni. apa khabar kamu semua? moga sihat selalu.

Thursday, December 16

Dia Jid | 4 tahun

          ( bukan gambar sebenar)


dihantar kerumah anak yatim.

terpinga.

kawan baru. mak baru . bapa baru. tempat baru.

 masih kacil. layankan jiwa kecil. yang nangiskan nenen mak. 
disuap punting diam.

dia Jid.


Wednesday, December 15

Pagi bersama seorang lelaki

tarik nafaz.
uuu..haahhhh!.

Rindu ke? aku dah balik! *senyum angkat2 kening.

walaupun macam2 perkara dah berlaku. sana sini. itu ini. sepanjang minggu ni, aku cuba terima dengan tenang. satu2 aku susun ikut keperluan. ada yang  diatas patut kebawah, aku tarik bawak turun. yang menarik dibawah aku tolak2 bagi gayat diatas.

ikutkan banyak betul nak aku catat satu persatu. tapi aku perlu waktu yang tenang. ya yang cukup tenang.
mungkin macam sekarang.

waktu pagi yang kau2 masih dalam selimut.

aku baru lepas berym dengan bobby. dan aku tak tahu macam mana boleh aku cerita segala. mungkin dia juga sedang alami masalah yg sama.

soal perancangan.

hari2 kita merancang. merancang dan terus merancang untuk esok. esok. dan esok. yang mana kau nak hidup ni sempurna. sempurna tak kira dari segi keluarga,cinta,kewangan.

aku dah bosan hidup dalam kesempurnaan. terlalu lancar hari2. terlalu tak berfikir apa. dan semalam  bobby tepok kejutkan.

kau belajar apa dalam hidup ni? janganlah terlalu mengejar kesempurnaan. kalau semua yang kita nak mengikut kehendak, kita tak akan dapat keredhoan dari Tuhan.

sini aku ajar kau rasa hidup.

kau rancang apa kau nak, kau ikut dan dalam masa yang sama kau lepas semua biar Dia yang tentukan. kau tak boleh kawal semua dalam satu genggam . kau tak larat. kau tak mampu. hidup dan belajar terima hakikat. kalau tak boleh berlari, jalanlah capai impian. lambat itu lagi selamat dari laju tapi tak semenggah.

jangan pulak duduk dan lihat apa jadi.jangan menyerah terus. duduk rehat cari balik diri kau.

dan aku terus duduk rehat sampaai terlelap.

P/s: berpagi dengan seorang lelaki. * no no kami bukan gay cuma jejaka terhangat*

Friday, December 10

Cinta Dongeng Sang Putera Perasan

macam ni lah kan, kadang2 kita kena sedar siapa kita. siapa kita dalam kelompok orang lain, dalam kau, dalam dia, dalam semua.sebab kadang2 kita selalu lupa siapa kita. 

Kadang2 kita perasan kitalah pewira. kitalah sang Arjuna yang kononnya pembawa cinta  Si Puteri kayangan yang bahagia dengan cinta yang kita letakkan dihatinya.

tapi kita saja yang tak perasan yang mana  hakikatnya dia masih lagi mencari dan mengharap cintanya datang. 

itu yang baru aku perasan. 


P/s: semoga ada yang datang dan beri cinta dihari istimewa kamu yang aku tak pernah lupa. 





MELIHAT | Detik Permulaan

bye


MERASA | Rapuh

delate


Wednesday, December 8

bukan cerita bengang akim

ahh... baru lega lepas kena 2-3 bijik painkiller. masaalah   datang bila aku bengang dekat seseorang yang aku tak kenal siapa yang datang menghuru harakan hari indah. nak makan jap. nantilah aku sambung taip. boleh pulak kan. ikut akulah blog aku.

9.30pm
o.k bersambung. oleh kerana aku ni invisible. atau kata mak aku  ni hantu, maka banyak lah surat2 layang yang aku dapat dari persatuan2 hantu semalaysia. aku dah agak bila aku tonjol sedikit diri di mana2  laman sesawang, sebagai Hantu yakni tak berupa pasti akan  diterjah.

aku dah biasa soal terjah2 ni. tapi persoalnya sekarang nak ajukan soalan sila lah berasas. kau ajukan soalan ke aku, tapi mengenai orang lain. aku memang tak ada jawapan. dan kau kata aku terlalu berahsia dan hipokrit. hah???

persoalan.
 kau siapa yang nak tahu soal peribadi aku mahupun orang lain?

aku rasa kau ni dah tersilap orang. aku bukan artis yang kau nak korek2 pasal hidup aku. aku memang suka berkongsi soal2 hidup aku.TAPI  itu hanya di sini. apa yang aku mahu kongsi hanya apa yang kau nampak . jangan minta lebih2.

bila aku cakap elok2 kau bakar line aku dengan ayat cengkaman maut. konon aku itu ini. haiii... kau ni banyak sangat study pasal aku. terharu sekejab.dan kau cakap esok sambung lagi. maknanya kau belum puas dengan jawapan2 aku. aku takde hal der.

dan hari ni  juga aku dapat sms yang tak masok akal. mahu gelak terbahak2 pun ada. mahu dimarahkan pun ada. kejab lagi lah sambung. cerita peberet aku dah start. sabar je la dengan entri kali ni ye.

11.00pm
o.k ni yang terakhir, lepasni terus habis entri ni.aku pun dah mamai efek painkiller. o.k pasal sms tadi.
aku malu la kalau si penghantarnya yang berkaki bertangan. bagi aku duit tak datang bergolek. janganlah sampai guna cara buruk nak cepat senang. itu aku pantang.

 kalau mintak elok2, aku boleh pertimbangkan, tapi kalau dah nak mengaku jadi ayah aku , ape kes der. orang tua aku dah lama bersemadi. beragak la jugak nak nipu, aku ckp baik2,  kau buat  sikap angkuh kau. dan lemahnye aku ni bukan boleh nak sabar lama2, dan tadi aku rasa kau dah dapat apa yg kau patut dapat.

dah. ini saja nak kongsi. yang lain2 aku simpan dalam hati. terlalu sukar untuk dilisankan.



P/s: memang sukar nak menilai hati manusia. kau rasa macam mana?

MEMOHON

Siapa sangka hal dulu yang macam taufan menimpa rupanya angin sepoi2 je berbanding kekacauan yang aku rasakan sekarang. Ya Allah, tolong permudahkan perjalangan aku selepas ni.

Dan untuk yang disayang, jangan fobia dengan doktor. aku tak nak lagi hilang  orang yang aku sayang, cukup tuhan tarik dua orang tua. awak jaga diri elok2.  kalaulah saya ada seribu tangan semuanya akan saya tadahkan untuk awak biar penuh langit ke tujuh dengan doa supaya awak cepat sembuh.




P/s: ada orang cakap kalau tenung muka mak, boleh dapat pahala. tapi kalau tenung gambar je boleh dapat jugak tak?
P/s/s: terima kasih pada teman2 yang ada bila jatuh.moga tuhan bagi kamu2 hari  yang cerah esok pagi.

Monday, December 6

nak main sorok2

tengah sakit kot hati.. haiii.. weyyyy dah takde ape2.. lagi nak fikir kenapa kan... tapi tarasa jugak..tapi  takpelah... belaja sedar diri lah kan.

arghhhhh babi

MELIHAT | Kenangan




jangan di tangiskan semua yang berlalu
kini kuharapkan janji-janjimu
biar ia berlalu 
semua yang ku tunggu
hati berubah kecewa selalu

jangan kau henti
mencariku kekasih
biar raut wajah ku 
tak kau kenali

adakah aku bersalah
membiarkan kau pergi
segala rasa kini tinggal kenangan

jangan kau henti 
merinduiku kekasih 
biar cinta yang palsu
datang dan pergi

jangan kau henti 
kerna kupasti
takkan henti menantimu
sayang



"aku rindu kau, gila"


Sunday, December 5

MELIHAT | Petang Yang Indah


video sengal badak... tak tengok aku tak marah, tapi dah tengok jangan kau hamun aku pulak...
creadit to : adik Alia

















P/s: Relex la sekejab layan pentas Tuhan..cool jugak kadang2.
P/s/s: Alia macam kartun "Dora the Explorer" kan? 



MELIHAT | Kehidupan

Tak semua dari kita sempurna. tapi Tuhan dah cipta kita cukup sempurna sebagai hambaNya. mana yang lopong Dia kait  jadikan kau sempurna dari sudut lain.

dua hari bersama yang kurang upaya buat aku duduk berfikir, kalau dia yang macam tu boleh gembira dalam dunianya, inikan kita yang cukup segala sifat.

perlu ke kita meratap sedih dengan  nasib sampai satu waktu terhenti?

mungkin selangkah kedepan kita akan menentukan langkah-langkah seterusnya.

mahu cuba?


P/s: tulisan aku mungkin buruk, patah ayat aku memang tak cantik, tapi aku dah susun ikut acuan jiwa. duduklah sekejap. fikir apa yang kau nak, apa yang kau nak dari kehidupan.

Saturday, December 4

MERASA | Jatuh

"aku tengok kau ni setia je, tapi satu girlfriend pun tak lekat kat kau.badi apa kau ni" bangang je  rasa.

untuk yang bangun sebab aku, yang senyum sebab aku, yang kuat sebab aku,
boleh aku minta sesuatu?

kembalikan semua  ke aku.


P/s: siapa kata benda dalam mimpi tak boleh jadi kenyataan? hari ni aku dapat surat penentu hidup.terima kasih penjaga amanat.

Thursday, December 2

GANGGUAN

satu jam aku hadap entri kosong. gerak tangan rasanya tidak sepantas kata yang bermain di jiwa.
sudah hampir satu setengah jam. muka kau dan dia terus terbayang. kalau ada sistem cut n paste  dari otak, secepatnya aku layangkan kesini bagi lena tidur malam ini.pergilah cepat rasa bodoh. aku mahu berdengkur dengan angkuh.