KITAduduk


Thursday, February 3

Yang terakhir

babai semua ....

Dia Jid

Nak tau tak, sebenarnyakan.. erm, tak ada apalah.... *tutup muka

dia Jid, dia memang macam tu.

Wednesday, February 2

Ada apa dengan Cinta.

ha! ada apa? ada apalah sangatkan.. sampai kau nak mati bunuh diri sebab cinta, nak makan hati hari2 padahal ada banyak lauk lain boleh kau telan. ada apa sangatlah kan? jangan jadi hamba cinta. kau susah2, kau sakit2 tanggung rasa. tapi yang pihak lain pulak bersuka ria. 

ada apa dengan cinta?  

Ini tadi  antara  perbincangan dengan seorang ibu kepada seorang anak:
"my definition of cinta for married people is like this, bercinta bergaduh berkawen beranak bergaduh lagi until one day u woke up in the middle of the nite looking at him (while he was snoring like hell!) thingking that u r sleeping with a stranger and some other nite u woke up thanking GOD so much that you both were still together. than repeat back, bergaduh bercinta beranak LAGI hahahaaha....."

Ini gambar yang ada dalam hp semalam sebelum proses penyahbuangan gambar2 lama. 
haih, rindu plak rasa .



cinta aku?digenggam tanpa pegang,diikat tanpa simpul tapi tetap berkepul. 





 

Pelanduk bila dah serupa.

"Abg, saya tengok tengah hangat bercinta sekarang. bila nak kawen? takkan nak tunggu kena tangkap basah kali ke dua?haha"



arghhhhh.. sekali lagi, aku katakan,  aku bukan dia! dah. pergi main jauh2. orang lagi sensara sekarang. huh!

Tuesday, February 1

Masa kita

Something missing in January,
and start a new day in February
.


Mungkin ada sesuatu yang tak mahu kita tinggalkan, tapi kita terpaksa, mungkin ada sesuatu yang masih kita sayang,tapi harus dilepaskan. jangan menyalahkan siapa2. syukur kerana kita masih punya kenangan terindah yang boleh diagungkan. melepaskan bukan mengalah. terlepas bukan kalah. menang bila mana dalam keadaan begini pun, masih boleh tersenyum. 




P/s: note di hujung video aku bagi ke kau. simpan elok2. 

Monday, January 31

kepala pecah

aku nak minta tolong boleh tak?

boleh bagi tau aku kalau2 kau tahu mana2 lagu berunsur kesenian.

aku mahu, untuk didengar kamu2 nanti.

tolong ya,
sekian.

Seniman menangis.

Dia tak kuat. 
Hatinya rapuh.
Dadanya sesak.
tapi berlagak.


berlagak lelaki.
berlagak sejati
berlagak tak mati.



Tadi aku mendengar perempuan itu menangis meraung ditalian. aku terkedu. 
lagaknya orang  gila yang hilang anak. 

"aku penat, tolong aku.aku penat" sambil menangis.

aku tak dapat nak tolong kau.kau kena tolong diri kau sendiri. Tolong jadi perempuan kepada suami, keluarga, dan mereka2 diluar sana. sudah2lah lagak berjiwa lelaki. 

aku memang akan type dan delete bila typing, sebab aku rasa kau seorang perempuan yang perlu di jaga hatinya dengan tiap bahasa yang aku lontarkan. lagi2 dalam keadaan kau. 


jaga diri, aku sayang kau  *dah tak malu nak ckp! :D



Saturday, January 29

Dia

dah pergi
dah hilang
dah tinggalkan

aku.



recording time..orang kata masa ditekanlah banyak ilham yang keluar. alhamdulillah. siap.aku mahu tidur. jangan kacau 

Friday, January 28

why me!

tadi aku dapat berita buruk.

down!

down!

down!

down!

shit ah

erm..

astafirAllah

Thursday, January 27

Life

Be careful how you speak to people and how you treat people. Life, is the art of drawing without an eraser. Be wise.

Perempuan sekarang

iyah 2 pagi dah rupanya. hari ni OT yang sangat memenatkan.tapi ada juga yang mencuit hati. hahahah kelakar betul bila  tengok  Fashion Victim..mendadak2 sekarang ni..daripada molek,cantik terus jadi kelakar kalah badut..ahahahah..pastikan bersesuaian dengan diri dan keselesaan diri..jgn ikut keselesaan Katty Perry..dia dah mmg cantik..pakai apa pon cantik..yang bertudung pun sama..ianya dah jadi bukan lg satu tuntutan tetapi perlawanan pelangi..untuk apa semua itu?amati pengertian bertudung dalam2 ye muslimah sekalian.. 


Dah dua tiga hari lagu ni asyik bermain2 dibibir. kau nak kata aku Matbunga ke, jiwangkarat ke, jambu,mangga,durian ke.. lantaklah.jom layan zaman pakai cap terbalik. record guna recoder hp jer. dan maaf kesulitan berlaku diakhiran.  




Tuesday, January 25

Cinta

kelmarin aku menolak  seseorang
semalam seseorang menolak aku.
hari ini aku menahan dari menolak diri sendiri.

aku tak tahu apa aku buat ni betul atau tak.erm biarlah.  hari ni aku banyak ingatkan keliling aku. mungkin ada yang rimas. tapi itu saja cara aku nak ingatkan diri aku juga. kadang aku hanyut dalam kerja duniawi. lalai dalam tiap detik masa wajib. Tuhan, aku nak bercinta dengan Kau.plz, jangan tolak aku jugak.


ini untuk 12 feb. insyaAllah.

Monday, January 24

Saat Bintang Jatuh

Tuhan,
satu je.
Kau pulihkan ingatan dia,
untuk hari lepas.
tolong ye.
satu je.
amin.


duduk2 tiba2 jue on9, rupanya ada akaun youtube, aku yang lembab. 
marilah layan.lagu ni sesuai sikit nak post sini kot. entahlah... 


Sunday, January 23

untuk yang ikhlas

susah betul nak cakap kalau pasal hati. tapi apa2 pun aku nak minta maaf kepada hati  yang aku ketepikan. bukan tak cuba untuk mendekati, tapi mungkin aku perlu masa untuk mengenal. siapa hati kau dan aku.

aku bukan berlagak hati,cuma berhati2.

Saturday, January 22

hati aku sakit berdiam

sebenarnya selagi aku  tak keluar dari sini, selagi tu aku tak boleh nak melupakan. semakin stalker aku jadi dan semakin aku tak senang hati. dah urut2 hati kata semuanya akan baik pun tak jalan jugak.

aku dah tak nak main dengan ayat2 positive aku untuk senangkan hati sendiri. betul2 sakit. untuk jangka ni, aku harap kamu baik2 je. pilihan depan mata. tanya hati.

mungkin aku kena pandai guna ayat moving.sakit bila menahan apa yang dirasa. betul2 sakit. mata  telinga aku pun dah tak mampu nak mendengar dan melihat apa yang jadi. mungkin ia cuma cakap2 orang, tapi sikit banyak aku terasa jugak.  tambah lagi dengan  kata2 tajam  yang keluar dari penulisan dan apa juga yang ada kadang2  buat aku ni  macam tak pernah wujud, tak pernah buat rasa bahagia. tak pernah cuba bagi kebahagian. mungkin ada orang kata, kalau dah benci, benda baik orang ke kita  pun nak di lupa juga.

letih juga bermaya ni. jadi aku mahu keluar. tinggalkan sekejap kenangan ni. aku nak life aku.




tak payah nak main teka teki. ini bukan aku.


makin pudar. erm. pertanda ke ni. ini bukan punya aku juga. 



 mungkin esok pagi aku  keluar dan balik dengan rezeki yang lebih lagi. siapa tahu. doakan aku. amin.



Friday, January 21

Pilihan

Between water and air.




Dua antaranya, yang mana pilihan kau? sebab? jaga2 jangan tersalah langkah. dah, pergi fikir dulu. aku lagi mahu membaca.nanti aku kupas jawapan. 


*rabak mata

Thursday, January 20

Till now

A full time Rocker and Part Time Designer. 




Hari ini tak taw apa jadi dengan  aku..aku bangun awal!!..ceria...rasa happy je bangun..datang kerja awal..dapat breakfast..sangat bertenaga dan bersemangat!! tp smpai2 je opis tak bukak lagi..ohh..GOD...harap2 aku tak nampak bayang2 semalam.seram ni sorang2.sekarang aku nak  bagi masa untuk diri sendiri dan orang lain. tapi kalau kau ada masa, marilah kacau masa aku. aku tunggu ni  :)

Wednesday, January 19

crazy shadow

Malam semalam terserempak dengan sorang minah ni. dia pandang aku, aku buat2 tak pandang dia. Pagi tadi nk pergi kerja jumpa lagi. Lepas tu balik kerje aku jumpa dia lagi di tempat yang sama.. dia pandang aku, aku pandang dia balik... dia ni jelmaan ke apa.. tak balik ke tak ada rumah?




ke aku yang gila dengan bayang2? atau dah gila bayang?





Monday, January 17

kawan2 betul2 kawan.

Hari ni aku dapat sesuatu dari blogger ini . Terima kasih.  Jadi dengan ini  blog jiwa2kita sudah genap satu lagi angka yang aku boleh senyumkan. dan tersenyum juga  setiap kali buka blog blogger ini  bila mana lihat link blog lama aku masih disisipnya  dan tak berganjak tempat.Tiga bulan sudah rupanya aku tinggalkan. Dan terus tersenyum  terkejut juga dengan  blogger ini yang ada dari  blog pertama  aku sampai nak masuk yang ke tiga ni. dan masih beri award hensem blogger ke aku. thanks kawan2 btl2 kawan.

kadang2 senyuman boleh jadi terapi. jadi terima kasih sebab bagi aku pakai senyum ini.
malam kalian.

Saturday, January 15

Kurnia

*senyum.
Hari ni bawah tuah ke aku. aku cari2 nak raikan dengan orang penting. tapi mungkin lagi ada perkara penting dia disana.

*senyum.
tak apalah. sekotak pizza dan dunhill dah cukup syurga tengah2 hujan ni.
Terima kasih tuhan.

Akan makin sibuk dari  hari ke hari.  Moga rezeki tak putus untuk aku terus fokus.

Nasiblah badan.

Aku biarkan keldai menipu. tak apalah. dah kena. nak buat macam mana.


ketiduran













Hari ini, 
7 jam di kfc faderal highway. 
malam semua.

 i can be anywhere i want. 

Thursday, January 13

Responsibility sampai mati

Semalam aku ke rumah sakit. Ambil mc untuk hari ini. Dalam jalan aku keluar  pulang, aku nampak seorang yang semacam aku kenal. Syirin. ex girlfren aku yang bangang skali di zaman universiti . dulu aku memang tak faham kenapa hati dia keras sangat. sepanjang kenal tak pernah setitik pun air mata yang aku nampak. kalau kata batu kita campak pun berbunyi, dia hebat lagi, kau buat apa pun memang takkan jalan.  Tak paham juga aku kenapa boleh tersangkut dengan dia dulu. 

Dan tadi aku nampak dia. termenung sendiri di cafe dengan berunifom doktor. berjaya juga budak ni. lepas bertegur sapa segala, dia mula buka cerita.

 i baru lepas bunuh isteri kepada suami, emak kepada anak. Dia diam.

Dan untuk yang pertama kalinya aku lihat dia menangis. apa u cakap ni? nak saja aku pegang tangan isteri orang ni. agak2 dia lempang aku tak? 

Rupa nya dia baru lepas sambut  kelahirkan baby. Kiranya dia jadi midwife la sekarang ni. dan dalam proses tu dia terpaksa memilih antara emak dan anak sebab si ibu menghidap sakit yang aku tak pandai nak sebut. 

Dari dulu i dilatih untuk tak ada  perasaan sensitif. tak ada rasa was2 dengan apa yang i buat. untuk jadi seorang doktor kami dilatih untuk tidak ada perasaan. lagi2 kasihan. Dulu dalam latihan, i yang paling kuat. i boleh lawan semua. tapi sekuat i, i sendiri tak dapat selamatkan ibu i. 

lepas i ada career, hubungan i dengan ibu agak renggang. semua disebabkan hati i yang kurang sensitif dengan keadaan. arwah banyak kali  kata dia sakit belakang, i tak ambik endah. cuma kata sikit je tu ibu, biasalah dah tua, memang akan macam tu. sampailah dia menghembus nafas yang terakhir. 

sejak dari tu, i jadi lemah dan hampir kehilangan career. kerja i perlu tanggungjawab. dan semua tu di bahu i. i kena tanggung apa2 yang jadi dan harus jawab dengan keluarga si mati. itu saat yang paling susah untuk i facing. 

Nampak air mata dia mengalir.

aku hanya diam. cuba memberi mata, telinga aku untuk dipinjam ke dia. tak hairanlah kenapa hati dia sangat keras. sangat tegas. 

Sebenarnya hidup kita ni ada destinasi. kita takkan berhenti berjalan mencari destinasi kita selagi kita...

Mati. jawap aku perlahan. 

Aku balik rumah dan terus menukar status facebook: 
"Now it is time to be serious. focus. my career path is most important. believe what i believe. just stay true."

--

Semalam juga aku teringat kata2 adik mia, hidup ni macam main congkak.mula2 main, tangan kita penuh. Bila akhir kita tak ada apa, jadi matilah kita. Pandaikan. jadi selagi semua kita  ada sesuatu, hargailah, gunalah sebaik mungkin. selamat pagi semua.



Tuesday, January 11

Hari kejadian

selamat hari tua cik siti! ngehngeh... 

aku sangat lemah untuk berkata2 buat masa sekarang, hanya rindukan bantal dan tilam. tolong kejut subuh ea.. malam. kakak siti  saya dah nampak tua awak. hee....

Monday, January 10

Berhenti berlari


Tersesat lagi. Kembali lagi. Normal manusia. Dan aku sedang gigih belajar seni mempertahankan hidup. mari!

Sunday, January 9

semalam yang membawa ke hari ini.

 

Minggu lepas aku dapat tiket vip AJL. Dan dalam minggu ni aku berkira2 nak pegi ke tak, dan lepas semalam melihat rehesel di Bukit Jalil, aku fikir2, ya. aku pegilah. 

Mungkin korang juga patut tonton ajl malam ni, tak kesahlah di rumah pun, bagi aku duduk depan tv di rumah sambil mkn kopok leko pun tempat seat paling vip dekat dunia ni. semua angle boleh nampakkan?. 

Dari apa yang aku lihat semalam, (selain mata tertancap ke ana rafalli berbaju kurung pink  miaw2)  susunan lagu paling aku teruja nak dengar lagu Cinta sempurna dan Drama king. memang gila smart. yuna memang komposer yang  kreatif. lagu hanyut pun banyak  kelainan, banyak diubah tambah. Dan lagu pelita dari A.P.I sangat padu! tambahan pula kebanyakkan lagu diiringi okestra, memamg meremang dengar. jadi kalau nak di agak2, bagi aku antara lagu2 ni akan dapat sesuatu malam ni.  Jangkaan aku lah.

Dari segi prop pulak Yuna sebagai artis pertama yang buat persembahan akan menanam pokok (sian tengok dia bertukang) di atas stage. faizal tahir pulak duduk dalam sangkar yang besar, yang lain2 banyak guna penari macam persembahan stacy. jahat habis. ada juga kawan2 aku yang akan menambah seri dalam persembahan antaranya dalam tolong ingatkan aku dan noktah cinta. 

Ini pulak aku sempat record antara akustik live sempena AJL bersama dengan Adi, AG dan faizal ismail pada pagi jumaat . 12 lg lagu boleh dengar di Hot fm ye ( kalau ada ),  tak sempat pulak nak record semua.


Aku tanya partner kapet merah.  "kau pakai warna apa malam  nanti?" merah. "wow, o.k aku pakai birulah."  la...kenapa pulak?  " sebab kau dah hot sangat, biar aku nampak cool sikit.kan?"
Dan Aku tahu ada yang persoal waktu magrib nanti, jangan risau, sempat2.

Saturday, January 8

saat akhir dihari kamu

"Selamat dijadikan Manusia!."

Aku memang tak mampu nak petik bintang2 dekat angkasa tu nak bagi kau pegang, tapi yang macam ini bolehlah beribu aku bagi. tapi sapa je yang nak, tak ada nilai lansung.

 Bagi aku buat seseorang berasa bahagia diharinya lagi penting dari mengucapkan kata2 tipikal.Tapi malangnya aku,  setiap dari kita semahunya diingati kejadian dan peristiwanya. Apa2 pun, semoga hari ini membawa keceriaan dan kebahagian untuk yang menyambutnya. amin.

Friday, January 7

Menanti sebuah jawaban


"kenapa semuanya terlalu rumit?"

aku tak tahu nak ditanya di formspring siapa. jadi tolonglah jawabkan.
menanti sebuah jawaban bukan sekadar tajuk lagu.  

Thursday, January 6

sia-sia


Mula2 aku rasakan berguna. Tapi tak. Memang sia-sia.

Tuesday, January 4

Pesanan dari Jiwa untuk jiwa


let's be strong like it's the only choice we have.

semua orang akan lalu dijalan yang sama. kau, aku, dia, mereka. kita masing2 sedang berjalan.
sehingga sesuatu datang dan memberhentikan. Dan bila saat itu tiba, ambil kertas ni, baca. baca elok2 ye.
salam malam . 


Monday, January 3

Tahu buat tak tahu.

Biarpun apa yang aku dapat hanya keterpaksaan, aku anggap itu tanda hormat kau ke aku dan aku harapkan kau terus buat aku begitu.tersenyum. 
Terima kasih. 

Aku percaya dengan Tuhan, sebab kadang2 ada soalan yang Google sendiri tak dapat jawab. Aku nak tengok yang cantik sebelum bangun esok boleh? berani kata tak boleh? sekurangnya kau akan pusing ayat. hahaha...aku tahu, buat je tak tahu

Mula


Hari ni paling dinanti. semoga semua tertunai. semua terlangsai. aku tak  mati lagi.

Selamat pagi awan! cepat sikit matahari keluar, aku tak sabar nak kejar!

Sunday, January 2

Ubat sakit hati.


Letakkan tangan diatas hati, dan katakan  "semuanya akan baik."

Saturday, January 1

two zero double one

On the 31st of December, before 12 AM, go into the room by yourself. After 12 AM, run out of the room and yell to your family.
 " OH MY GOD, I HAVEN'T SEEN YOU GUYS SINCE LAST YEAR ! :D


TTDI hill, 12.00 am 2011.


aku terduduk terus melihat pandangan mata pagi ini
mencari mana arah telapak kaki aku kali ni
hanya mahukan yang terindah dari ciptaaNya
aku mendongak
tersengeh bahagia, walau dalam ketandusan zaman
tentang indah yang sedia kehausan
aku mencuba untuk mencari rakan
garis kehidupan yang diciptakan.


benar, 
hidup dlam perkongsian bukan mudah
walau ada saat aku rasakan kenbenarannya
aku teruskan berjudi
berjudikan nyawa, hati dan hidup ini
dan aku terima apa juga bentuk permainannya


wahai sang angin terbangkan aku
wahai sang cahaya, terangkan aku,
wahai si bunga, warnakan aku
wahai si tanah, tetapkan aku
wahai sang alam tunjukkan aku jalan hidup yang setuju dengan hati ini kerana aku hanyalah sang rentan yang masih mencari.
-dia-


"There's no such thing as Karma exists in Islamic teaching, but Qada' and Qadar exists. Lets forget the past"