KITAduduk


Sunday, January 9

semalam yang membawa ke hari ini.

 

Minggu lepas aku dapat tiket vip AJL. Dan dalam minggu ni aku berkira2 nak pegi ke tak, dan lepas semalam melihat rehesel di Bukit Jalil, aku fikir2, ya. aku pegilah. 

Mungkin korang juga patut tonton ajl malam ni, tak kesahlah di rumah pun, bagi aku duduk depan tv di rumah sambil mkn kopok leko pun tempat seat paling vip dekat dunia ni. semua angle boleh nampakkan?. 

Dari apa yang aku lihat semalam, (selain mata tertancap ke ana rafalli berbaju kurung pink  miaw2)  susunan lagu paling aku teruja nak dengar lagu Cinta sempurna dan Drama king. memang gila smart. yuna memang komposer yang  kreatif. lagu hanyut pun banyak  kelainan, banyak diubah tambah. Dan lagu pelita dari A.P.I sangat padu! tambahan pula kebanyakkan lagu diiringi okestra, memamg meremang dengar. jadi kalau nak di agak2, bagi aku antara lagu2 ni akan dapat sesuatu malam ni.  Jangkaan aku lah.

Dari segi prop pulak Yuna sebagai artis pertama yang buat persembahan akan menanam pokok (sian tengok dia bertukang) di atas stage. faizal tahir pulak duduk dalam sangkar yang besar, yang lain2 banyak guna penari macam persembahan stacy. jahat habis. ada juga kawan2 aku yang akan menambah seri dalam persembahan antaranya dalam tolong ingatkan aku dan noktah cinta. 

Ini pulak aku sempat record antara akustik live sempena AJL bersama dengan Adi, AG dan faizal ismail pada pagi jumaat . 12 lg lagu boleh dengar di Hot fm ye ( kalau ada ),  tak sempat pulak nak record semua.


Aku tanya partner kapet merah.  "kau pakai warna apa malam  nanti?" merah. "wow, o.k aku pakai birulah."  la...kenapa pulak?  " sebab kau dah hot sangat, biar aku nampak cool sikit.kan?"
Dan Aku tahu ada yang persoal waktu magrib nanti, jangan risau, sempat2.

6 comments:

  1. so, macam mana?




    ana raffali kiut? ;;)

    ReplyDelete
  2. saya tahu, lagu kita tetap berhantu walau cuma persembahan terbaik.

    ReplyDelete
  3. kawan : alhamdulillah

    Alya: hahaha..x leh jawab, nnt ade org marah.

    aku: ye, sangat memang. ;)

    ReplyDelete
  4. ermmm...ni yg menyampah dtg sini..

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah