KITAduduk


Thursday, January 13

Responsibility sampai mati

Semalam aku ke rumah sakit. Ambil mc untuk hari ini. Dalam jalan aku keluar  pulang, aku nampak seorang yang semacam aku kenal. Syirin. ex girlfren aku yang bangang skali di zaman universiti . dulu aku memang tak faham kenapa hati dia keras sangat. sepanjang kenal tak pernah setitik pun air mata yang aku nampak. kalau kata batu kita campak pun berbunyi, dia hebat lagi, kau buat apa pun memang takkan jalan.  Tak paham juga aku kenapa boleh tersangkut dengan dia dulu. 

Dan tadi aku nampak dia. termenung sendiri di cafe dengan berunifom doktor. berjaya juga budak ni. lepas bertegur sapa segala, dia mula buka cerita.

 i baru lepas bunuh isteri kepada suami, emak kepada anak. Dia diam.

Dan untuk yang pertama kalinya aku lihat dia menangis. apa u cakap ni? nak saja aku pegang tangan isteri orang ni. agak2 dia lempang aku tak? 

Rupa nya dia baru lepas sambut  kelahirkan baby. Kiranya dia jadi midwife la sekarang ni. dan dalam proses tu dia terpaksa memilih antara emak dan anak sebab si ibu menghidap sakit yang aku tak pandai nak sebut. 

Dari dulu i dilatih untuk tak ada  perasaan sensitif. tak ada rasa was2 dengan apa yang i buat. untuk jadi seorang doktor kami dilatih untuk tidak ada perasaan. lagi2 kasihan. Dulu dalam latihan, i yang paling kuat. i boleh lawan semua. tapi sekuat i, i sendiri tak dapat selamatkan ibu i. 

lepas i ada career, hubungan i dengan ibu agak renggang. semua disebabkan hati i yang kurang sensitif dengan keadaan. arwah banyak kali  kata dia sakit belakang, i tak ambik endah. cuma kata sikit je tu ibu, biasalah dah tua, memang akan macam tu. sampailah dia menghembus nafas yang terakhir. 

sejak dari tu, i jadi lemah dan hampir kehilangan career. kerja i perlu tanggungjawab. dan semua tu di bahu i. i kena tanggung apa2 yang jadi dan harus jawab dengan keluarga si mati. itu saat yang paling susah untuk i facing. 

Nampak air mata dia mengalir.

aku hanya diam. cuba memberi mata, telinga aku untuk dipinjam ke dia. tak hairanlah kenapa hati dia sangat keras. sangat tegas. 

Sebenarnya hidup kita ni ada destinasi. kita takkan berhenti berjalan mencari destinasi kita selagi kita...

Mati. jawap aku perlahan. 

Aku balik rumah dan terus menukar status facebook: 
"Now it is time to be serious. focus. my career path is most important. believe what i believe. just stay true."

--

Semalam juga aku teringat kata2 adik mia, hidup ni macam main congkak.mula2 main, tangan kita penuh. Bila akhir kita tak ada apa, jadi matilah kita. Pandaikan. jadi selagi semua kita  ada sesuatu, hargailah, gunalah sebaik mungkin. selamat pagi semua.



9 comments:

  1. entri ni wat aku sebak. asal ek?

    ReplyDelete
  2. dan aku sdg tercari2 kerja wlupun masih tak sedia



    (nak jadi surirumah pun belum layak wehh)

    ReplyDelete
  3. aku : thanks.

    kawan: entah. aku yang dengr pon sama.

    lisot:dah mmg mcm tu

    alya: tunggu masa matang kau.

    ReplyDelete
  4. cam sedih je... tapi tak mahu nangis. nak pinjam ayat ni "hidup macam congkak..." boleh??

    ReplyDelete
  5. errr
    kalau ikut umur, beberapa orang kata, aku patut matang
    :p

    boleh tak aku nak kata
    hidup macam yoyo (gasing pun bley kot)
    selagi belum berenti
    selagi tu tak mati
    kau kena mainkan ia
    pusing2kan ia

    err
    merepek kat sini plak aku

    ReplyDelete
  6. alya: sekarang semua benda yang bergerak nak di umpama kan hidup.. cet haha

    ReplyDelete

jiwa kamu nak tambah apa? silalah